Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal pesiaran masih berfungsi walau VTL dilancar

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



KAPAL-KAPAL pesiaran di sini masih menerima tempahan seperti biasa walaupun terdapat pelancaran beberapa Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) oleh Singapura.



Meskipun masih tidak dibenar melakukan persinggahan di pelabuhan, kapal pesiaran yang belayar tanpa tujuan di perairan Singapura telah menyaksikan sedikit atau tiada kesan daripada VTL, lapor The Straits Times.



Cik Angie Stephen, naib presiden dan pengarah urusan Royal Caribbean International bagi Asia-Pasifik, berkata kapal pesiaran syarikat itu telah ditempah sepenuhnya baki tahun ini, dan pelayaran untuk tahun depan juga dijual dengan pantas.



"Dengan pemantauan kami sepanjang tahun, lonjakan yang kita lihat adalah dari pelanggan yang membuat tempahan berulang, serta peningkatan ketara oleh pelanggan baru untuk pelayaran," kata Cik Stephen, sambil menambah bahawa Singapura merupakan bukti bagi pasaran yang berkembang pesat walaupun tanpa pelayaran ke destinasi.



Hanya dua syarikat kapal pelayaran dibenarkan untuk mengendalikan pelayaran tanpa tujuan - kapal persiaran Quantum of The Seas Royal Caribbean dan kapal persiaran Dream Cruise, yang diuruskan oleh Genting Cruise Lines.



Selain tidak mempunyai pelabuhan persinggahan, kapal persiaran ini juga mesti mematuhi langkah-langkah keselamatan lain, seperti belayar pada separuh kapasiti dan hanya memenuhi keperluan penduduk Singapura.



Singapura mengumumkan rancangan VTL bersama 21 negara termasuk Britain dan Amerika Syarikat.



Dream Cruises telah melihat kesan secara minimum pembatalan tempahan sejak awal Oktober, apabila VTL pertama kali dibuka dan berkembang secara beransur-ansur, kata presidennya, Encik Michael Goh.



Encik Goh, yang juga ketua jualan antarabangsa untuk Genting Cruise Lines, berkata tempahan persiaran untuk bulan ini dan bulan hadapan hampir habis dijual.



Ia juga menyaksikan permintaan kukuh pada suku pertama tahun depan.



Peluasan pasaran domestik ini sedang memenuhi permintaan ini, dengan segmen baru seperti ekspatriat dan pasangan semakin meminati menaiki kapal persiaran.



Encik Robert Hecker, pengarah urusan Asia Pasifik untuk perundingan hospitaliti Horwath HTL, berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada jumlah pelayaran terjejas oleh VTL.



Beliau berkata:



"Terdapat juga kapasiti yang agak terhad pada laluan VTL dan kos penerbangan agak tinggi.



"Dari segi ini, sekatan perjalanan mewujudkan keadaan positif bagi industri pelayaran kerana ramai orang melakukan persiaran buat kali pertama kerana ia satu-satunya pilihan selain penginapan di hotel."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >