Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal tangki kandas di perairan Indonesia dekat saluran paip gas S'pura

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kapal tangki besar terkandas di perairan Indonesia berhampiran saluran paip gas asli yang membekalkan gas ke Singapura, kata laporan industri.



Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal tangki berdaftar di Djibouti itu, Young Yong, terkandas di Takong Kecil di Kepulauan Riau di Selat Singapura kira-kira 8.20 malam pada 26 Oktober lalu.



Ia tidak menghalang trafik di Selat Singapura atau Selat Melaka.



Dalam satu kenyataan media, MPA berkata sebelum kejadian itu, Pusat Kawalan Operasi Pelabuhannya menghantar amaran melalui Sistem Informasi Trafik Kapal kepada kapal tangki tersebut mengenai potensi risiko ia terkandas disebabkan air cetek.



MPA menambah bahawa ia juga memaklumkan pihak berkuasa Indonesia sejurus selepas kejadian itu.



"Pihak berkuasa Indonesia mengetuai usaha mengapungkan semula kapal tangki itu, serta berusaha mencegah tumpahan minyak, kerana kapal itu kandas di perairan Indonesia," kata MPA.



Sebuah sumber industri mengesahkan kepada The Straits Times (ST) kejadian itu berlaku berhampiran saluran paip gas asli kritikal.



Difahamkan bahawa sebuah sya-rikat berpangkalan di Singapura, Singapore Salvage, telah dipanggil untuk membantu mengapungkan kapal tangki berusia 21 tahun itu.



Fasa satu operasi itu, penilaian tapak kejadian, telah diselesaikan. Fasa seterusnya ialah pelaksanaan langkah-langkah mengapungkan kapal tangki itu.



Laporan media mengatakan kapal tangki itu dalam pelayaran ke Mozambique, tetapi sumber industri berkata ia sedang menuju pelabuhan luar pesisir popular Nipa, tidak jauh dari Batam, bagi menanti arahan bagi operasi seterusnya.



Kapal itu sedang menunggu arahan bagi satu operasi di selatan Malaysia, di Tanjung Pelepas, kata satu sumber.



Pelabuhan Nipa digunakan terutamanya bagi operasi pemindahan kapal ke kapal. Ia juga biasa digunakan oleh syarikat yang berdagang minyak yang dibenarkan dari Venezuela dan Iran.



Kapal tangki terkandas itu telah menjalankan pengangkutan biasa antara perairan selatan Malaysia dan Indonesia ke China.



Seorang penganalisis kanan di syarikat perisikan data Vortexa, Cik Emma Li, berkata kapal tangki itu kerap mengunjungi pelabuhan Shandong di China, terminal utama bagi import minyak.



China pengimport minyak mentah utama dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >