Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal tangki menuju ke S'pura terbakar, 3 masih hilang

May 03, 2023 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa maritim Malaysia hingga petang Selasa masih mencari tiga anak kapal daripada sebuah kapal tangki yang hilang selepas kapal itu terbakar pada 1 Mei di perairan selatan Malaysia.



Dua daripada mereka merupakan warga India dan seorang lagi warga Ukraine, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.



Sebelum ini, seramai 25 anak kapal telah diselamatkan oleh beberapa kapal di Laut China Selatan berdekatan pantai Johor.



Akhbar harian Malaysia The Star melaporkan bahawa kapal tangki yang berdaftar di Gabon, negara di Afrika Tengah, itu sedang menuju ke Singapura dari China apabila ia terbakar.



Dalam satu kenyataan pada Isnin, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) menerima maklumat daripada nakhoda kapal tangki MS Enola bahawa kapal itu telah menyelamatkan 18 anak kapal MT Pablo.



Kerja menyelamat dilakukan dalam Kawasan Mencari dan Menyelamat Maritim Singapura (MSRR) di Laut China Selatan, kira-k ira 40 batu nautika dari Pulau Tinggi di Johor.



Kenyataan itu menambah bahawa tujuh lagi telah diselamatkan oleh kapal-kapal di sekitarnya.



Ia berkata: "Tiga masih belum dijumpai dan tiada anak kapal warga Singapura di atas kapal itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >