Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapasiti tenaga solar depoh Bishan akan naik seganda

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



KAPASITI tenaga solar depoh kereta api Bishan akan meningkat lebih seganda apabila SMRT memperluaskan perjanjiannya dengan syarikat tenaga EDPR Sunseap.



SMRT akan mempunyai sistem fotovoltaik (PV) berkapasiti 1.56 megawatt-peak (MWp) dipasang di atas bumbungnya menjelang tahun depan, menambah kepada 1MWp yang kini telah pun membekalkan tenaga kepada depoh itu.



Tenaga solar akan digunakan untuk menjalankan semua operasi bukan berkaitan kereta api, kata SMRT semalam.



Perjanjian yang diperluaskan ini menandakan fasa kedua perkongsian yang bermula pada 2016 dengan pemasangan 10,000 meter persegi panel solar di atas bumbung bangunan Depoh Utama Bishan.



Kedua-dua fasa sistem PV solar akan mempunyai kapasiti gabungan 2.56MWp, sama seperti menjana kuasa 700 flat perumahan awam empat bilik, dan akan mengelakkan 1,224 tan metrik pelepasan karbon dioksida setahun.



SMRT berkata ini adalah satu langkah untuk mencapai matlamat pelepasan karbon bersih menjelang 2050.



Selain Depoh Bishan, depoh Tuas West dan Mandai kini juga mempunyai panel solar yang menghasilkan kira-kira 3MWp secara keseluruhan untuk membekalkan tenaga kepada pengurusan depoh tersebut.



Pengangkutan darat Singapura menyumbang kira-kira 15 peratus daripada pelepasan karbon negara, dan syarikat pengangkutan awam seperti SMRT sedang beralih kepada sumber tenaga alternatif dan bersih untuk menyokong matlamat Kementerian Pengangkutan bagi mengurangkan pelepasan pengangkutan darat sebanyak 80 peratus menjelang 2050.



Presiden SMRT Trains Lam Sheau Kai berkata:



"Perjalanan menggunakan MRT adalah cara ulang-alik awam yang paling bersih hari ini. Oleh itu, adalah wajar kita memikul sebahagian tanggungjawab kita untuk menjana lebih banyak tenaga bersih dalam premis depoh kami."



"Pengangkutan awam adalah elemen penting dalam usaha menangani perubahan iklim dan kami percaya bahawa menjalin perkongsian kukuh dengan pengendali pengangkutan akan membantu memacu penyelesaian yang inovatif kepada salah satu cabaran terbesar zaman kita," kata Naib Presiden Eksekutif EDPR Sunseap, Cik Filipa Ricciardi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >