Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karya penulis muda digabung dalam buku koleksi puisi

May 09, 2022 | 05:30 AM



DUNIA puisi bersifat luas dan bebas. Bukanlah mudah untuk menghasilkannya, tetapi sesiapa sahaja boleh meluahkan pemikiran yang terbuku bersama emosi dan perasaan.



Menyokong kebebasan berpuisi, Encik Muhammad Fairuz Jaafar, 25 tahun, mengumpul naskhah puisi daripada 10 orang penulis dalam buku koleksi puisi Rambut Sama Hitam.



Melalui karya terbitan sendiri ini, beliau mengetengahkan kepelbagaian suara dalam masyarakat Melayu yang tinggal di Singapura melalui para penulis yang berbeza latar belakang.



Jurutera desktop itu berkata terdapat 10 orang penulis yang menyumbangkan kata-kata dengan corak penyampaian yang berbeza. Masing-masing memiliki idea tersendiri kerana mereka terdiri daripada latar belakang yang tidak serupa, iaitu seorang penyanyi rap, pendidik, jurutera, termasuklah para pelajar.



Mereka memaparkan pelbagai cara dan corak puisi dalam bahasa Melayu dan Inggeris tentang subjek orang Melayu di Singapura, ujarnya.



Antara penulis terlibat ialah Izz Bazil; Julaila Latif; Reza Rifaldi; Hajar Manaf; Irfan Azman; Syahdiqin Ismail; Amirul Abdullah; Naif; Hikmah Ali dan beliau sendiri.



"Panggilan terbuka telah diisytiharkan di ruang media sosial, Instagram dan mereka telah membalas panggilan tersebut.



"Walaupun antara mereka, ada yang tidak pernah menerbitkan puisi, tetapi masing-masing bersemangat untuk menunjukkan bakat mereka dalam koleksi puisi yang dikeluarkan.



"Buku lantunan suara daripada anak-anak berjiwa muda ini diterbitkan dengan tujuan menunjukkan bahawa masyarakat Melayu setempat bukan satu monolit.



"Ia mempunyai kepelbagaian warna dan keistimewaan yang perlu digali oleh generasi Melayu pada hari ini.



"Soalan utama yang saya bertanyakan kepada setiap penulis adalah "apakah pengalaman anda dibesarkan sebagai orang Melayu di Singapura?"



"Dengan persoalan ini, wujud beberapa buah fikiran yang berlainan untuk dijawab melalui puisi yang dikarang,'' kata Encik Fairuz.



Bagi koleksi buku ini juga, Encik Fairuz sendiri menyumbangkan dua buah puisi bersahaja, tetapi sarat dengan kritikan serta permasalahan yang perlu difikirkan oleh masyarakat Melayu.



Beliau menjelaskan puisi pertamanya, Pening Kepala ampai Panadol Pun Tak Cukup, membangkitkan isu stereotaip yang mengikat identiti orang Melayu.



"Ramai yang menganggap bahawa Melayu itu malas, sedangkan kita sebenarnya terpedaya dengan agenda kapitalis.



"Persepsi yang melemahkan diri ini ditanam sejak azali sehingga menyebabkan ramai menyalahkan nama 'Melayu' dalam banyak perkara.



"Hanya disebabkan tiada keuntungan atau pulangan lumayan, maka Melayu segera dilabel sebagai pemalas.



"Persoalan yang dituangkan dalam puisi ini penting bagi menyuntik kesedaran agar orang Melayu berhenti memperlekehkan sesama sendiri dan bangkit bersatu menegakkan bangsa yang dicintai.



Kedua, beliau mempersembahkan sebuah puisi 'Pantun Kanak-Kanak' yang bersangkut paut tentang kitaran trauma berterusan dalam kehidupan keluarga kucar-kacir.



"Konflik keluarga pastinya memberi kesan yang mendalam. Jadi, saya utarakan isu ini agar ia dapat menjadi perhatian masyarakat dalam mengenal pasti bentuk trauma dan berazam untuk mencegah kitaran trauma ini demi generasi-generasi sekarang serta masa hadapan," katanya.



Bercakap tentang idea mengeluarkan buku koleksi puisi ini pula, pemegang Diploma Pakar dalam Keselamatan Rangkaian dari Akademi Pendidikan Berterusan & Dewasa (PACE), Politeknik Singapura ini memberitahu, idea asalnya tercetus pada awal 2021, setelah penerbitan zine pertamanya, The Journal of Conscious Malay Thought.



Beliau menerangkan:



"Pada masa itu, saya amat terharu atas sambutan yang agak baik terhadap karya tersebut dan ingin bergabung tenaga dengan masyarakat Melayu setempat untuk bersama-sama mengeluarkan satu karya.



"Oleh itu, lahirlah sebuah buku yang tajuknya dipetik daripada peribahasa "rambut sama hitam, hati lain-lain" - bermaksud tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.



"Semoga ia dapat memupuk rasa bangga dan minat terhadap budaya dan bangsa Melayu dan menggalakkan orang ramai untuk mengambil berat tentang masyarakat sendiri, tanpa mengira apa-apa latar belakang sekalipun," jelas pemuisi itu.




"Walaupun antara mereka, ada yang tidak pernah menerbitkan puisi, tetapi masing-masing bersemangat untuk menunjukkan bakat mereka dalam koleksi puisi yang dikeluarkan.
Buku lantunan suara daripada anak-anak berjiwa muda ini diterbitkan dengan tujuan menunjukkan bahawa masyarakat Melayu setempat bukan satu monolit.
Ia mempunyai kepelbagaian warna dan keistimewaan yang perlu digali oleh generasi Melayu pada hari ini.
- Encik Muhammad Fairuz Jaafar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >