Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kawasan Smith Street dipertingkat, lebih semarak tarik pengunjung

Nov 30, 2023 | 05:39 PM



Persekitaran Smith Street, yang terletak di kawasan pemuliharaan Chinatown, akan dipertingkat dengan pelbagai kegiatan bagi menyuntik kemeriahan demi menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan itu. 

Laluan yang terkenal dengan jualan pelbagai makanan, persekitaran baru kelak akan meningkatkan keseronokan pengunjung termasuk peluang mengikuti lawatan yang menawarkan permainan, mengunjungi galeri seni dan budaya, menyaksikan hasil kerja artisan tempatan serta konsep hidup bersama/kerja bersama, sambil mengekalkan warisan budaya dan seni bina kawasan itu.

Penguasa Tanah Singapura (SLA), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bersama-sama melancarkan tender kolektif pada 30 November untuk melantik penyewa induk bagi menyuntik kesegaran ke atas deretan rumah kedai nombor 11 hingga 37 Smith Street, serta laluan beli-belah yang bersebelahan.

Ini meliputi kawasan tanah seluas 3,166 meter persegi (sqm) dan keluasan lantai kasar 3,073 meter persegi (sqm). Pemohon tender yang berjaya akan ditawarkan tempoh pendahuluan selama lima tahun, di mana ia boleh diperbaharui untuk penggal kedua selama empat tahun, bagi memudahkan perancangan sumber yang lebih baik, The Straits Times melaporkan.


Smith Street suatu masa dahulu menempatkan Chinatown Food Street.

Dibuka pada 2001 sebagai sebahagian usaha STB dalam menghidupkan semula Chinatown, ia menawarkan sekumpulan penjaja makanan yang popular di sepanjang laluan 100 meter yang ditutup kepada lalu lintas kenderaan pada Oktober 2021 semasa pandemik Covid-19.

Smith Street akan terus mempunyai pelbagai tawaran makanan dan minuman serta konsep santapan baru yang mencerminkan identiti pelbagai budaya Singapura.

Projek peningkatan Smith Street ini bertujuan mengembalikan kemeriahan dengan mengadakan kegiatan masyarakat secara lebih kerap di laluan beli-belah, kedai dan restoran di tingkat pertama rumah kedai.

Malah, pertubuhan masyarakat dan akar umbi (GRO) akan terus mengadakan sambutan majlis perayaan di sana.

Projek itu juga akan mempamerkan perdagangan tradisional di daerah bersejarah dengan butik, artis tempatan, kerja tangan dan produk unik yang mencerminkan kepelbagaian budaya Singapura.

Tingkat atas rumah kedai boleh digunakan sebagai pangsapuri servis, ruang inap bersama serta ruang kerja bersama yang membolehkan pengguna menyelami warisan budaya di daerah itu.

Pemohon tender mesti menunjukkan matlamat dan hasil kemampanan selaras dengan Pelan Hijau Singapura 2030 seperti penambahbaikan prasarana, amalan mesra alam dalam operasi perniagaan harian dan program untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kelestarian alam sekitar.

Peningkatan itu akan mengekalkan warisan budaya dan seni bina Chinatown mengikut garis panduan pemuliharaan dan amalan terbaik. Ini akan memastikan rumah kedai yang dipelihara terus mengekalkan watak intrinsik dan nilai sejarahnya.


Pengarah perancangan dan pembangunan perniagaan SLA, Cik Carrie Wong, berkata tender bersama itu menekankan jaminan pemerintah untuk mengekalkan warisan budaya yang kaya sambil menyesuaikan diri dengan keperluan dan pilihan penduduk serta pelawat antarabangsa.


“Kami teruja untuk memperkenalkan pengalaman pelbagai aspek yang bukan sahaja menghormati tradisi tetapi juga merangkumi kemodenan. Ia adalah bukti komitmen kami terhadap inovasi dan kemampanan, menjadikannya destinasi bertaraf dunia untuk dinikmati semua orang,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >