Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Ke mana tumpah kuah...

Ambil alih gerai rojak bapa, beri sentuhan tersendiri bagi kekalkan warisan
Oct 09, 2022 | 06:18 AM



ENCIK Ahmad Firdaus Abdul Latif membantu bapanya berniaga rojak di Pusat Makanan Ayer Rajah sejak beliau di sekolah menengah lagi.



Dengan azam meneruskan perniagaan lebih 20 tahun itu, Encik Firdaus, 27 tahun, kini mengendali gerai Power Rojak Bandung itu secara sepenuh masa.



Beliau membawa bersamanya perspektif dan sentuhan Gen-Z dalam industri penjaja, khususnya dalam aspek pemasaran dalam talian.



"Masa pandemiklah kemahiran memasarkan produk dalam talian menjadi berguna untuk saya.



"Sebagai penjaja muda sepenuh masa, saya sedar ada banyak makanan yang dijual penjaja lebih mapan yang kurang dikenali atau dipasarkan kerana mereka tidak biasa menggunakan teknologi.



"Mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan penjaja yang lebih muda," ujar Encik Firdaus, yang belum berumah tangga.



Sejak dua tahun lalu, beliau menggunakan media sosial - di bawah nama Firdaus Bunny - untuk memupuk kesedaran bukan sahaja mengenai perniagaannya, bahkan mengenai makanan halal yang dijual penjaja lain - daripada mi rebus, lontong hingga minuman teh tarik.



Beliau menghasilkan ulasan video ringkas mengenai makanan halal di serata Singapura, dan dikenali dengan slogan 'Sedap Bhai'.



Diiringi lagu hit, video yang menunjukkan beliau mencuba pelbagai makanan - dan tanpa perlu beliau bersuara pun - telah menarik perhatian lebih 57,200 pengikut dan 1.4 juta 'likes' di TikTok.



Ramai pemilik gerai dan orang awam juga telah menghantar mesej peribadi kepada beliau untuk meluahkan penghargaan atas usahanya membantu untuk menguar-uarkan perniagaan mereka.



"Ramai orang Islam di luar sana mungkin tidak tahu ada banyak tempat makanan yang halal.



"Saya menerima komen daripada pengguna yang tidak tahu bahawa tempat tertentu seperti restoran Jepun atau Korea yang sebenarnya ada sijil halal," katanya.



Selain mengongsi tempat makanan halal di Singapura, Encik Firdaus turut merakam video mengenai makanan halal lain di luar negara, termasuk di Johor Baru, Bangkok dan Sydney.



Sedang Encik Firdaus cuba untuk memberi ulasan makanan yang jujur, beliau juga peka terhadap usaha memupuk sekitaran yang sihat di laman media sosialnya.



Oleh itu, beliau sedaya upaya memastikan kandungan yang dihasilkannya tidak mengundang kontroversi, atau membalas komen yang kurang sopan dengan cara berhikmah.



Encik Firdaus juga bukan 'calangcalang' pengulas makanan di media sosial; beliau merupakan seorang penjaja sepenuh masa yang telah didedahkan kepada perniagaan makanan dan minuman sejak kecil lagi,



Justeru, beliau amat memahami pahit manis yang dialami golongan peniaga lain, termasuk sewaktu Covid-19.



Kini setelah pandemik itu mula reda, keadaan beransur pulih sejak beberapa bulan lalu.



Encik Firdaus juga memandang ke depan dalam usahanya untuk terus memastikan perniagaan keluarganya itu dapat bertahan.



Gerai di West Coast itu menjual pelbagai rojak seperti rojak bandung, rojak petis, dan char kue bakar.



Encik Firdaus juga sebelum ini telah mengambil kursus Seni Kulinari Asia di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat untuk menimba kemahiran dan mempersiapkan diri sebelum mengambil alih perniagaan bapanya itu.



"Perniagaan itu telah wujud lebih 20 tahun. Saya tidak mahu mensia-siakannya," ujar Encik Firdaus.




"Masa pandemiklah kemahiran memasarkan produk dalam talian menjadi berguna untuk saya.

Sebagai penjaja muda sepenuh masa, saya sedar ada banyak makanan yang dijual penjaja lebih mapan yang kurang dikenali atau dipasarkan kerana mereka tidak biasa menggunakan teknologi.

Mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan penjaja yang lebih muda."

- Encik Ahmad Firdaus Abdul Latif, yang mengendali gerai Power Rojak Bandung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >