Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keadaan jerebu di S’pura lebih baik

Oct 08, 2023 | 07:54 PM



Warga Singapura dapat menghabiskan hari terakhir hujung minggu mereka dengan lebih selesa di luar sedang keadaan jerebu bertambah baik pada Ahad.

Mereka juga dapat menikmati langit lebih cerah dan mutu udara yang kembali ke tahap lebih sihat.

Pada 5 petang Ahad, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam ialah antara 57 dengan 86 iaitu pada tahap Sederhana.

Dalam kenyataannya, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata keadaan dilaporkan kering berterusan di kebanyakan bahagian Singapura dan kawasan sekitarnya.

Sebanyak 68 titik panas dikesan, kebanyakannya di bahagian selatan dan tengah Sumatera pada Ahad, lebih rendah daripada 188 titik panas yang dikesan pada Sabtu.

Malah, terdapat kemungkinan lebih rendah berlakunya jerebu di Singapura pada Isnin kerana hujan dan arah tiupan angin yang dijangkakan.

“Angin diramalkan bertiup terutamanya dari timur (pada Isnin), mengurangkan kemungkinan jerebu rentas sempadan menjejas Singapura. Hujan juga dijangka di Singapura dan kawasan sekitarnya, yang boleh menjadikan keadaan jerebu serantau lebih baik.

“Bagi 24 jam seterusnya, PSI 24 jam bagi Singapura diramalkan berada dalam tahap Sederhana,” kata NEA.

Jurutera, Encik Hamza Arif Thalib, 27 tahun, berkata beliau gembira keadaan jerebu pada Ahad lebih baik berbanding hari sebelumnya.

Ini menyebabkan beliau memutuskan meneruskan perancangannya keluar rumah pada Ahad.

Dihubungi Berita Harian, Encik Hamza berkata:


“Kami sekeluarga rasa lebih selesa keluar rumah pada Ahad untuk sambut ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah saya sebab udara lebih nyaman berbanding pada Sabtu dan penglihatan pun tak begitu kabus.”

Ditanya sama ada beliau akan memakai pelitup jika keadaan jerebu bertambah teruk, Encik Hamza berkata ia merupakan satu kemungkinan.

“Di rumah, kami masih ada pelitup berkotak-kotak daripada tempoh Covid-19 yang lalu, jadi tak ada masalah jika kami nak pakai pelitup kalau perlu,” katanya.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada Sabtu berkata Singapura mempunyai stok pelitup yang mencukupi seandainya keadaan jerebu semakin teruk.

“Kami telah merancang untuk itu. Saya percaya bahawa kita mempunyai stok yang mencukupi, tetapi sudah tentu, penting untuk ingat bahawa kita sedang berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.”

Cik Fu menambah bahawa jika perlu, Singapura akan memperoleh lebih banyak pelitup.

Dalam pada itu, orang ramai boleh memantau nasihat yang dikeluarkan NEA melalui laman webnya (www.nea.gov.sg) atau menerusi aplikasi myENV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >