Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di kawasan perkuburan

Oct 17, 2023 | 03:07 PM



Satu kebakaran dilaporkan berlaku dalam satu kawasan tanah perkuburan Cina di Lim Chu Kang pada Ahad, dan telah dikongsi ke media sosial oleh beberapa warganet.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kebakaran berlaku sekitar 7.25 malam, dalam kawasan perkuburan Cina Path 13.

Ketika dihubungi oleh Berita Harian (BH), jurucakap SCDF mengatakan kawasan yang terbakar dianggarkan sebesar saiz satu padang bola.

SCDF telah berjaya memadamkan api dengan menggunakan dua kekili hos bomba. Beberapa kereta polis juga kelihatan di tempat kejadian.

Sejauh ini tidak ada kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat.

Dua lagi kebakaran dalam kawasan berumput telah dilaporkan juga pada awal bulan ini, berlaku di Pasir Ris pada 8 Oktober dan Tampines pada 9 Oktober – hanya selang sehari.

Kebakaran ini diklasifikasikan sebagai kebakaran yang merebak ke kawasan berumput yang biasanya berlaku dalam ruang awam dan besar kemungkinan disebabkan oleh puntung rokok yang bernyala, dibuang sembarangan.

Lembaga Taman Negara (NParks) berkata dalam laporan Mothership, cuaca kering juga menjadi punca api boleh merebak dengan cepat. Tambah Nparks, Singapura kini mengalami cuaca kering dan panas akibat kesan cuaca El Niño.

Dalam satu kenyataan pada 6 Oktober, Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) berkata keadaan El Niño diramalkan bertambah kukuh sehingga November atau Disember 2023 dan kemudian berterusan sehingga sekurang-kurangnya awal 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >