Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran rumah teres: Seorang warga emas dirawat di hospital

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



SEORANG warga emas telah dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan ringan dalam kebakaran di beberapa rumah teres di East Coast Road malam kelmarin.



Sekitar 20 orang telah dipindahkan dari rumah teres berdekatan.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran di 12S East Coast Road sekitar 11.50 malam.



Kebakaran tersebut merebak dan menjejas empat rumah teres lain (12P, 12Q, 12R dan 12S) apabila anggota bomba tiba di lokasi.



SCDF berkata ia menggunakan tangga platform bagi memadam kebakaran dan juga untuk membendung kebakaran itu.



Menurut SCDF, hingga enam jet air digunakan semasa kemuncak operasi itu.



Kebakaran itu dipadamkan sekitar 1.50 pagi, dengan dua lagi rumah teres (12N dan 12T) di kawasan itu turut mengalami kerosakan.



Dalam satu catatan di Facebook semalam, SCDF berkata bahawa proses melembapkan kawasan itu masih dijalankan sekitar 2.40 pagi.



Ia merujuk kepada penggunaan air untuk melembabkan permukaan yang terbakar untuk mengelak api nyala semula.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, yang juga merupakan ahli parlimen GRC Marine Parade berkata bahawa sebanyak enam rumah teres terjejas akibat kebakaran itu.



Beliau juga melahirkan penghargaan kepada SCDF di Facebooknya semalam.



"Saya mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Pasukan Pertahanan Awam Singapura telah memadamkan api dengan berani dan juga relawan akar umbi kami yang bertindak balas dengan serta-merta dan pergi untuk membantu," katanya.



Beliau juga bersyukur bahawa kebakaran itu tidak menyebabkan kecederaan yang serius.



Hanya sepasang warga emas mengalami kecederaan ringan dan satu daripadanya telah dihantar ke hospital untuk tindakan susulan dan pemantauan.



Encik Tan telah menemui seorang penduduk yang terjejas dalam kebakaran itu.



"Walau apa pun kesan buruk kebakaran itu, beliau tetap tenang dan bersemangat. Kami akan melihat bagaimana untuk membantu penduduk yang terjejas pada hari-hari akan datang,'' tambahnya.



Punca kebakaran masih disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >