Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebanyakan ibu bapa elak bincang topik seksual bersama anak: Tinjauan AMP

Oct 08, 2022 | 05:30 AM



IBU bapa Islam didapati mengelak daripada bercakap tentang isu keseksualan bersama anak-anak mereka kerana khuatir ini akan menormalisasikan idea keseksualan yang mungkin bercanggah dengan nilai-nilai Islam.



Demikian antara dapatan tinjauan yang dijalankan oleh Panel Keluarga di bawah naungan Konvensyen Kebangsaan Keempat AMP Singapura.



Tinjauan itu mendapati sekitar 89 peratus ibu bapa tidak dilengkapi ilmu dan kemahiran yang mencukupi untuk membincangkan topik keseksualan dengan berkesan bersama anak-anak mereka.



Sebahagian besar responden pula, iaitu sekitar 87 peratus, berkata ia adalah topik yang dianggap tabu dalam masyarakat, kata AMP dalam kenyataannya kelmarin.



Bagaimanapun, dunia digital telah memudahkan akses kepada maklumat tentang seks dan keseksualan bagi belia dan kanak-kanak.



Ini menyebabkan perlunya perbincangan yang jujur dan terus terang tentang keseksualan, terutama dalam keluarga, untuk membantu belia dan kanak-kanak mengharungi isu ini.



Selaras dengan itu, Konvensyen Kebangsaan Keempat AMP akan membincangkan perlunya komunikasi yang sihat mengenai pendidikan seksual antara anggota keluarga.



Konvensyen itu akan berlangsung pada 15 Oktober di MAX Atria di Singapore Expo.



AMP menganjurkan konvensyen kebangsaan setiap dekad dan menawarkannya sebagai satu wadah untuk golongan karyawan Islam tempatan membincangkan strategi baru yang boleh mendorong masyarakat Islam Singapura ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.



Konvensyen kali ini berbeza daripada yang sebelumnya kerana ia akan menggunakan pendekatan pemikiran reka bentuk berpusatkan manusia.



Melalui pendekatan ini, konvensyen kali ini akan melihat isu-isu daripada perspektif empat kumpulan penting dalam pembangunan jangka masa panjang masyarakat iaitu belia, penyokong masyarakat, keluarga dan warga emas.



Panel yang meneliti kumpulan-kumpulan itu telah ditubuhkan dan terdiri daripada karyawan daripada latar belakang berbeza untuk menyumbang kepakaran mereka dalam mengenal pasti isu-isu penting bagi empat kumpulan itu dan untuk memudahkan proses idea bagi melakarkan strategi dan penyelesaian kepada isu ini.



Satu lagi topik utama yang akan dibincangkan oleh Panel Keluarga dalam konvensyen kali ini ialah peranan pendigitalan dalam mengukuhkan keluarga dan cabaran yang dikemukakannya kepada unit keluarga.



Salah satu cabaran utama ialah bagaimana komunikasi dalam keluarga telah beralih daripada interaksi bersemuka kepada komunikasi bukan lisan, menyebabkan kesan negatif ke atas hubungan ibu bapa dan anak.



Orang ramai yang berminat menghadiri konvensyen kali ini boleh membuat pendaftaran di laman convo4.sg. Pendaftaran akan ditutup pada 14 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >