Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebimbangan baru denggi meningkat lepas NEA kesan lebih banyak nyamuk Aedes

May 20, 2018 | 02:08 PM



BILANGAN nyamuk Aedes aegypti, yang mengakibatkan  demam  denggi, telah bertambah,  memperbaharui kebimbangan  mengenai kemungkinan     penyakit itu meningkat selepas tahun lalu  menyaksikan kes paling rendah dalam tempoh 16 tahun.



 Menteri  Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad,  berkata pada Ahad (20 Mei) Agensi  Sekitaran Kebangsaan   (NEA) mengesan 22 peratus lebih banyak nyamuk  Aedes aegypti dalam tiga bulan pertama tahun ini berbanding tiga bulan sebelumnya.



NEA memantau populasi nyamuk di sini melalui penggunaan gravitrap –  alat silinder hitam – yang diletak  di  koridor bangunan kediaman.



“Ia menunjukkan bahawa sebagaimana   kita giat  mengurangkan pembiakan, begitu juga  peranan bagi  semua orang tidak membenarkan pembiakan berlaku, terutama di rumah,” kata Encik Masagos.



“Kita mesti lebih berhati-hati, terutamanya   kita sedang mendekati tempoh denggi biasanya memuncak,”  ujarnya.

 

Bulan panas   Jun hingga Oktober biasanya menyaksikan jangkitan  denggi  lebih tinggi disebabkan  kitaran pembiakan dan pematangan pesat dipercepat  dan tempoh inkubasi  lebih singkat bagi  virus denggi.



Encik Masagos berkata: “Satu salah tanggapan  ialah nyamuk tidak akan membiak  dalam air bersih. Ini  tidak benar... mana-mana air bertakung boleh menarik nyamuk untuk membiak.”



Terdapat empat kematian akibat denggi setakat ini tahun ini, dengan tiga mangsa tinggal di  kelompok demam denggi  aktif di Jurong West.



Encik Masagos, yang melancarkan Kempen Pencegahan Denggi Kebangsaan  di lelapang   di sebelah 270A, Punggol Field, berkata  NEA telah meningkatkan pemeriksaan, menjalankan 265,000 pemeriksaan, termasuk 2,400 di tapak binaan,   dari Januari hingga Mac tahun ini.



Kira-kira 4,200 tapak pembiakan nyamuk  ditemui. Sebanyak  100 notis  menghadiri mahkamah dan enam perintah  berhenti kerja dikeluarkan. Sembilan pendakwaan di mahkamah juga dilancarkan.



NEA mendapati  banyak rumah terus membiak nyamuk walaupun situasi di tapak binaan  bertambah baik –  turun daripada  11 peratus  pada  2013 kepada 6  peratus pada  2017.



Sebanyak 70 peratus pembiakan di kelompok di   Jurong West, misalnya, ditemui di rumah.



Pada  Ahad, Cik Sun Xueling, Setiausaha Parlimen Kanan (Dalam Negeri merangkap   Pembangunan Negara)  dan Anggota  Parlimen Pasir-Punggol GRC, melawat rumah di 13 blok bersama  sukarelawan untuk mendidik penduduk mengenai pencegahan denggi.



Seorang penduduk, penganalisis bank Lim Jun Wei, 33, berkata: “Agak menakutkan bahawa gigitan nyamuk boleh membunuh. Kematian  membuat kita lebih sedar dan mengambil langkah pencegahan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >