Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebun harum mewangi di OTH

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai yang ke Our Tampines Hub (OTH) kini boleh menikmati haruman herba dan keindahan bunga warna-warni di satu kebun baru yang dilancarkan semalam.



Dipanggil Kebun Terapeutik Kita, ia menampilkan sekitar 40 jenis tumbuhan seperti bunga mawar, bunga raya, daun pudina dan serai.



Idea bagi kebun itu, yang terletak di Festive Drive dan seluas 5,000 kaki persegi, dicetuskan pihak OTH dengan kerjasama pusat Penjagaan Warga Emas St Andrew's (Tampines Central).



Pusat itu merancang mengadakan kegiatan mingguan di kebun itu untuk klien warga emas mereka seperti mempelajari kraf dan kemahiran hortikultur dan menikmati pemandangan di kebun itu.



Selain itu, lawatan berpandu, bengkel dan kegiatan juga akan diadakan untuk orang ramai di kebun itu.



Dalam pada itu, satu pameran juga kini sedang diadakan di Festive Walk East untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang pelan induk lima tahun Tampines Eco-Town.



Pameran itu, yang akan diadakan sehingga 18 April ini, juga menampilkan rancangan bagi empat taman utama di Tampines - ABC Waters@Sungei Tampines, Taman Tampines Boulevard, Taman Tampines Central, dan Tampines Eco Green.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >