Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebun nenek putik minat dalam bidang reka bentuk landskap

Muncul sebagai antara lulusan terbaik ITE dan terima Pingat Emas Ngee Ann Kongsi
Jul 29, 2021 | 05:30 AM



Institut Pendidikan Teknikal (ITE) mengadakan majlis tamat pengaijan mereka semalam. Institut tersebut turut mengiktiraf lulusan yang telah cemerlang dalam kursus mereka menerusi beberapa anugerah. BERITA HARIAN (BH) menyorot kisah tiga lulusan ITE yang berjaya bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga komitmen luar darjah mereka.




DIBESARKAN oleh neneknya sewaktu di prasekolah, taman permainan Cik Nur Leila Laqman Hakem adalah 'kebun' kecil di koridor rumah neneknya.



Kegiatan beliau dahulu kebanyakannya membantu neneknya menyiram pokok.



Sedang cintanya terhadap tumbuh-tumbuhan disemai, minat Cik Leila terhadap reka bentuk juga mula mekar.



Justeru apabila melangkah masuk ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur setelah peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O', gadis itu memilih jurusan Pengurusan & Reka Bentuk Landskap di peringkat Higher Nitec - menggabungkan kedua-dua minatnya.



Ternyata, cintanya terhadap bidang itu terserlah dan menyumbang kepada kejayaannya meraih Gred Purata Mata (GPA) sempurna 4.0.



Malah, Cik Leila merupakan antara lulusan terbaik dan diiktiraf dengan Pingat Emas Ngee Ann Kongsi yang diberi khas buat lulusan ITE cemerlang atas prestasi kursus cemerlang, penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum (CCA) dan sumbangan kepada sekolahnya.



Meluahkan kesyukurannya, pelajar berusia 19 tahun itu berkata ini memberinya lebih inspirasi untuk terus menceburi kekuatannya dalam bidang landskap dan reka bentuk pada masa depan.



Menurutnya, neneknya menjadi sumber inspirasi buatnya.



"Walaupun kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi, saya masih teringatkan beliau dan rasa kehadirannya apabila saya menguruskan tumbuh-tumbuhan. Saya terdorong melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk membuat ibu bapa saya bangga, malah nenek saya juga," ujar anak sulung dalam tiga adik-beradik itu.



Selain cemerlang dalam akademiknya, Cik Leila juga aktif dalam kegiatan yang berkaitan dengan bidang beliau.



Sebagai Presiden Kelab Hortikultur, beliau memimpin projek bercucuk tanam dengan rakan industri dan mereka semula susun atur Taman Eko kolej beliau.



Sewaktu program bekerja sambil belajar bersama Lembaga Taman Negara (NParks), beliau turut membuat sumbangan kepada usaha pemuliharaan di mana beliau menempatkan semula telur penyu yang ditemui di Taman East Coast.



"Oleh kerana kita mengendalikan tumbuh-tumbuhan, kita perlu bekerja di luar dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang tidak dapat diduga. Walaupun ia mungkin panas dan memenatkan, penting untuk kita tetapkan matlamat. Pada akhirnya, saya percaya kerja landskap memberi manfaat kepada seseorang dan tentu sekali, persekitaran. Saya melihatnya sebagai cara menyumbang balik kepada masyarakat," katanya.



Beliau yang kini menuntut di peringkat Diploma dalam Seni Bina Landskap di Politeknik Singapura bercita-cita menjadi Jurubina Landskap yang boleh mereka taman permainan semula jadi yang sesuai buat kanak-kanak kurang upaya terutamanya mereka yang berkerusi roda.



Jika diberi peluang, beliau ingin melanjutkan pelajaran ke universiti juga.



Melihat kembali perjalanannya di ITE, Cik Leila menasihati pelajar lain agar terus kuatkan semangat dalam pelajaran.



Beliau berkata:



"Kepada mereka di ITE, walaupun apa yang anda lakukan mungkin bukan minat anda, walaupun anda bukan dalam bidang yang anda pada mulanya ingin ceburi, terus yakin dengan diri anda dan cuba yang terbaik. Jangan sesekali berputus asa."




"Oleh kerana kita mengendalikan tumbuh-tumbuhan, kita perlu bekerja di luar dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang tidak dapat diduga. Walaupun ia mungkin panas dan memenatkan, penting untuk kita tetapkan matlamat. Pada akhirnya, saya percaya kerja landskap memberi manfaat kepada seseorang dan tentu sekali, persekitaran. Saya melihatnya sebagai cara menyumbang balik kepada masyarakat."
- Cik Nur Leila Laqman Hakem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >