Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi gembira pasangan dapat ‘undangan’ ke Tanah Suci

Kecewa sangkak lagi tapi bersyukur isteri dapat teruskan niat
Jul 11, 2022 | 05:30 AM



Jemaah haji serata dunia membanjiri Tanah Suci Makkah bagi musim haji terbesar sejak pandemik melanda, termasuk sekitar 900 jemaah haji dari Singapura. Gara-gara Covid-19, kerajaan Arab Saudi juga telah menetapkan beberapa langkah keselamatan, termasuk ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) yang negatif dan hanya membenarkan jemaah berusia di bawah 65 tahun untuk menunaikan haji. Ini bermakna sebilangan jemaah perlu pergi seorang diri menunaikan ibadah tersebut dan meninggalkan pasangan mereka. Walaupun tentunya hiba, namun jemaah yang terjejas itu reda dengan ketentuan-Nya. Ikuti laporan BERITA HARIAN.



Bapa tiga anak yang punyai demensia diuji positif Covid-19 melalui ujian PCR sehari sebelum dijadual berlepas ke Makkah bersama isteri



DISEBABKAN penyakit demensia, Encik Rosli Anjang Al Faqir diberi kelulusan apabila membuat rayuan bagi permohonan haji tiga tahun lalu, menjadikan ia detik paling menggembirakan buat dirinya.



Sayangnya, kegembiraan itu hanya buat seketika kerana perjalanannya ke Baitullah tersekat selama dua tahun berturut-turut akibat kekangan perjalanan Covid-19.



Baru sahaja berfikiran bahawa impiannya untuk menunaikan fardhu Islam kelima akhirnya akan tercapai tahun ini setelah menerima surat undangan dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), perjalanannya ke Tanah Suci disekat lagi.



Kali ini pula disebabkan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) yang didapati positif sehari sebelum beliau dijadualkan berangkat bersama isterinya pada 2 Julai.



"Siapa yang tak hampa atau kecewa tak dapat jadi tetamu Allah? Ini fitrah kita sebagai manusia. Tapi saya percaya semua yang berlaku ada sebab, dan setiap sebab Allah adalah terbaik buat hamba-Nya, kita sebagai orang Islam perlu bangkit semula," ujarnya yang tidak dapat menahan sebak ketika dihubungi Berita Harian (BH).



Disebabkan ujian positif itu, isteri beliau, Cik Sarimah Mohamed Tajudin, 57 tahun, yang juga penjaga utamanya, terpaksa pergi seorang diri.



Disebabkan penyakitnya iaitu demensia campuran (demensia yang bermula awal dan demensia Lewy Body, atau yang berpunca daripada wujudnya protein dalam sel saraf otak), Encik Anjang, 58 tahun, hilang deria bau dan hilang selera makan.



Lantas, isteri beliaulah yang selama ini banyak menjaga makan minumnya di rumah, dan bantu mengurus Encik Anjang yang juga mengalami penyakit Parkinson dan kencing manis.



Justeru ia penuh emosi kerana mereka perlu berpisah sedangkan mereka merancang untuk menunaikan haji bersama.



"Tetapi saya beritahu beliau... kita perlu percaya dengan qada dan qadar... ujiannya adalah perpisahan kami buat sementara, bagaimana kami berjauhan," luahnya.



Menurut Encik Anjang, beliau sebenarnya tidak mengalami sebarang gejala Covid-19, dan ujian pantas antigen (ART) beliau berulang kali menunjukkan keputusan negatif.



Namun oleh kerana sudah diuji positif PCR dan perlu mematuhi waktu pengasingan yang ditetapkan kemudiannya, beliau tidak sempat untuk menyertai rombongan walaupun setelah pulih.



Rombongan haji terakhir bertolak Ahad lalu.



Berkongsi lanjut, Encik Anjang berkata isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja, malah beliau sekeluarga sudah berhubung sejak isterinya tiba di Tanah Suci.



Biarpun bapa tiga anak itu tidak dapat menunaikan haji, Encik Anjang tetap meluahkan kesyukuran kerana isterinya diberi peluang tersebut.



Dengan keadaan demensia Encik Anjang dijangka semakin memburuk, harapannya untuk menunaikan haji selagi daya ingatan dan mindanya waras dan dalam keadaan stabil tetap tinggi.



"Kita perlu reda dengan rezeki yang Allah beri kepada orang lain, jangan buruk sangka dengan Allah. Bila kita reda dengan kebahagiaan orang, baru kita rasa tenang dalam jiwa kita," nasihatnya.




"Siapa yang tak hampa atau kecewa tak dapat jadi tetamu Allah? Ini fitrah kita sebagai manusia. Tapi saya percaya semua yang berlaku ada sebab, dan setiap sebab Allah adalah terbaik buat hamba-Nya, kita sebagai orang Islam perlu bangkit semula... Kita perlu reda dengan rezeki yang Allah beri kepada orang lain, jangan buruk sangka dengan Allah. Bila kita reda dengan kebahagiaan orang, baru kita rasa tenang dalam jiwa kita."



- Encik Rosli Anjang Al Faqir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >