Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA FASA DUA (KEWASPADAAN DIPERKETAT)

Kecewa tapi perlu demi kebaikan semua

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



Singapura sekali lagi memasuki Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) kelmarin selepas munculnya kelompok jangkitan Covid-19 Pelabuhan Perikanan Jurong yang kini mencatatkan lebih 500 kes. Kelompok itu malah telah mencetuskan kes-kes jangkitan di sekurang-kurangnya 35 pasar serata negara. Di bawah langkah-langkah diperketatkan terkini, orang ramai sekali lagi tidak dibenarkan menjamu selera di luar dan kegiatan dan kelas sukan dan senaman dalam bangunan tanpa pelitup tidak dibenarkan. Berikut BERITA HARIAN melaporkan bagaimana perniagaan dan rakyat Singapura membuat penyesuaian kepada perubahan terkini.



SEAKAN 'deja vu' bagi rakyat Singapura, negara ini kembali ke Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) sekali lagi kelmarin sebagai langkah membendung penularan Covid-19 sedang jumlah kes dalam masyarakat terus meningkat.



Orang ramai digalak jangan keluar rumah dan hanya keluar jika ada keperluan. Pasar pula - tempat utama penularan Covid-19 di Singapura kini - menyaksikan kurang orang pagi kelmarin.



Sebanyak empat pasar dan pusat makanan kini disenaraikan sebagai kelompok Covid-19 yang dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.



Ini termasuk Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon, Pasar Chong Pang, Pasar dan Pusat Makanan Haig Road, dan Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim.



Sementara itu, kes-kes Covid-19 juga dikesan di sekurang-kurangnya 31 pasar dan pusat makanan lain.



Tiga pasar yang telah melaporkan tiga atau lebih kes ialah Pasar dan Pusat Makanan Clementi 448, Pasar Basah 726 West Coast dan pasar basah Whampoa.



Setiap daripada baki 28 pasar, seperti Pasar Basah Bukit Panjang, Pasar Geylang Serai, Pusat Tekka dan Pasar Tiong Bahru, pula telah melaporkan kurang tiga kes jangkitan.



Meskipun kes-kes di pasar serata Singapura semakin bertambah, Cik Rosmalawati Abdul Majid, 59 tahun, berkata beliau tidak begitu risau kerana sudah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya.



Namun, suri rumah itu, yang pergi ke pasar di kejiranan Tampines hampir setiap hari, berkata beliau tetap mengambil langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan dirinya dan orang tersayang.



"Saya pastikan saya tak sentuh muka, tak buka pelitup. Saya juga elak berjumpa dan berbual dengan orang. Lagipun, saya pastikan saya tidak luangkan masa yang lama di pasar. Sekadar capai apa yang perlu dan terus pulang," kata beliau.



Peniaga makanan dan minuman (F&B) juga terus mengeluh dengan langkah-langkah yang berubah beberapa kali sejak kebelakangan ini, dengan ramai yang tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap langkah terkini yang tidak membenarkan orang ramai menjamu selera di premis F&B.



Ramai yang bimbang terus mengalami kerugian dan berharap dapat menerima bantuan pemerintah tidak lama lagi.



Pemilik Aroma Kampung, Cik Siti Khadijah Mukhit, berkata sekatan yang dikenakan sekali lagi ini "bukan hanya menjejas perniagaan, tetapi juga gaji, kos dan perbelanjaan kami".



Semalam, pemerintah mengumumkan pakej bantuan $1.1 bilion merangkumi subsidi gaji dipertingkat di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), dan pelepasan sewa.



Lebih banyak sokongan bagi pemandu teksi dan kereta sewa privet dan sebuah dana bantuan baru bagi pegerai pasar dan pusat penjaja juga akan dilancarkan untuk membantu perniagaan dan pekerja yang terjejas.



Turut mengharungi waktu sukar ini ialah instruktor latihan dan senaman.



Langkah diperketatkan terkini itu juga tidak membenarkan kegiatan dan kelas sukan atau senaman dalam bangunan tanpa pelitup.



Jurulatih bebas, Encik Muhammad Nazri Sutari, 31 tahun, berkata kelas berkumpulannya dalam bangunan terjejas dan beberapa kliennya tidak selesa dengan langkah baru itu dan telah menggantung pakej mereka sehingga 18 Ogos ini.



"Meskipun kelas berkumpulan di luar bangunan masih boleh diadakan, pelajar saya tidak selesa berlatih dengan memakai pelitup dan mereka takut kami akan melanggar langkah pengurusan selamat tanpa disedari walaupun kami mematuhi garis panduan dengan ketat," kata beliau.



Tambahnya, beliau akan mengadakan sesi latihan luar bangunan dan menawarkan lebih banyak kelas peribadi bersama seorang atau dua peserta saja.



Cik Nurafny Yulianti Putri Jed Andin Heryanto Saman, 35 tahun, seorang jurulatih sepenuh masa di gim Virgin Active, turut melahirkan keprihatinan tentang langkah-langkah terkini.



"Gim ditutup dan latihan di luar bangunan bukan yang terbaik bagi setiap orang berlatih. Ia bergantung pada individu dan ia berbeza bagi setiap orang. Tidak mudah langsung.



"Untuk terus mendorong dan mendekati klien, lebih banyak yang perlu diusahakan daripada biasa," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >