Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai baru ambil alih ruang Robinson's di Raffles City

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA gedung dengan konsep baru yang mempamerkan produk kecantikan, fesyen dan produk hiasan rumah kini memenuhi unit kedai yang dikosongkan oleh Robinsons di Raffles City.



Gedung berkonsep yang dikenali sebagai One Assembly merupakan sebuah gedung yang diusahakan bersama BHG Singapore dan Raffles City Singapore. Ia mengisi ruang tingkat satu dan dua pusat beli-belah tersebut.



Ia akan dibuka secara rasmi pada awal Februari ini dan telah mengadakan pelancaran awal atau soft launch Rabu lalu.



Menurut laporan akhbar The Straits Times, terdapat sekitar 10 orang yang dilihat beratur menunggu ia dibuka pada 11 pagi.



Antara mereka ialah Cik Judy Lau, 65 tahun. Sebelum ini beliau sering ke Robinsons untuk membeli barang keperluan seperti baju bagi menyambut Tahun Baru Cina yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Februari nanti.



"Kita perlu masuk dan melihat apakah perbezaan gedung ini. Dengan membawa jenama baru, ia akan meningkatkan lagi pengalaman berbelanja para pelanggan," katanya.



Robinsons di Raffles City sebelum ini menempati kawasan seluas 85,000 kaki persegi tiga tingkat bangunan tersebut.



Pada 30 Oktober tahun lalu, Robinsons mengumumkan bahawa ia akan menutup dua gedung terakhirnya di Singapura, selepas beroperasi selama 162 tahun.



Keputusan membubarkan perniagaan itu didorong oleh pelbagai faktor, termasuk perubahan selera pengguna dan tekanan kos seperti sewa, menurut syarikat itu.



Seorang jurucakap Raffles City berkata pihaknya masih mengadakan rundingan bersama beberapa jenama lain untuk mengisi ruang tingkat tiga yang masih kosong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >