Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai kopi Yishun tukar tangan pada harga $40j

Kedai kopi kedua yang dijual pada harga tinggi susuli kedai kopi di Tampines yang dibeli dengan harga rekod $41.68 juta
Jun 19, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kedai kopi di Yishun telah bertukar tangan dengan harga $40 juta, dengan harga setiap kaki persegi (psf) mengatasi beberapa unit runcit aras bawah di kawasan beli-belah utama Orchard Road.



Sebuah firma dipanggil Y848 telah membuat kaveat - sebuah dokumen undang-undang yang dibuat untuk memberikan notis tuntutan terhadap hartanah - dengan Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada 10 Mei untuk KPT Kopitiam 24 jam yang terletak di Blok 848 Yishun Street 81.



Ini kedai kopi kedua yang dijual pada harga serupa, menyusuli berita awal minggu ini bahawa kedai kopi di Tampines telah dibeli dengan harga rekod $41.68 juta.



Bagaimanapun, kedai kopi Yishun seluas 397 meter persegi itu, yang mempunyai 14 gerai, lebih kecil berbanding kedai kopi Tampines seluas 604 meter persegi, yang mempunyai 18 gerai.



Ini bermakna harga psfnya ialah $9,361, berbanding $6,411 untuk kedai kopi Tampines.



Harga psf kedai kopi Yishun mengatasi purata $6,964 psf untuk unit runcit aras bawah di Far East Plaza dan Lucky Plaza di Orchard Road yang dijual tahun ini, menurut data ERA Research dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Ia mempunyai baki 78 tahun dalam pajakannya, dua tahun lebih daripada kedai kopi Tampines, yang terletak di Blok 201 Tampines Street 21.



Saluran media tempatan 8world melaporkan bahawa transaksi untuk kedua-dua kedai kopi masih belum selesai.



Menurut Direktori Perniagaan Singapura, Y848 didaftarkan di Ibu Pejabat Chang Cheng di Woodlands.



Chang Cheng Group memiliki lebih 160 kedai makanan di Singapura, dengan jenama seperti rangkaian kedai kopi Chang Cheng Mee Wah, Chang Cheng Chinese Vegetables Rice dan Rong Kee Roasted Delights.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >