Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM LEBARAN

Kedai makan 'rehat': Beri peluang pekerja rai Lebaran

Jun 21, 2018 | 05:30 AM



BANYAK kedai makan milik anak Muslim di Singapura ditutup lama sempena Syawal.



Ada yang tutup beberapa hari sahaja, namun tidak kurang yang tutup sampai seminggu lamanya.



Penutupan sebegitu memberi peluang kepada pekerja dan pemilik pulang ke pangkuan keluarga bagi menyambut Aidilfitri.



Antara kedai makan yang tutup lama sempena Lebaran ialah Saffrons yang mempunyai dua cawangan, iaitu Tampines dan Swan Lake Avenue.



Mereka terkenal dengan hidangan nasi beriani, mi goreng, tulang merah dan roti perata.



Pemilik Saffrons Beevi Ayoob, 60 tahun, berkata restorannya tutup lama sempena Aidilfitri setiap tahun.



"Ini memberi peluang bagi pekerja beraya bersama keluarga. Kami juga mempunyai pekerja warga Malaysia dan mereka gembira dengan cuti yang diberi," ujarnya, ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp kelmarin.



Tahun ini, Saffrons ditutup enam hari dan beroperasi semula semalam.



Seorang lagi pemilik kedai makan yang tutup lama sempena Lebaran ialah Cik Najibah Omar.



Beliau mengendalikan kedai makan di Sats Inflight Catering Centre 1, 20 Airport Boulevard. Kedai tersebut dikendalikan bersama ahli keluarga lain.



Sama seperti Saffrons, kedai Cik Najibah mula beroperasi semula semalam.



Ketika dihubungi, anaknya Muhammad Tauhid Musa, 30 tahun, berkata:



"Kami tutup kedai selama seminggu bagi membuat persiapan Hari Raya."



Sungguhpun demikian, wartawan mendapati warga tidak kisah dengan perkara itu.



Ada berkata mereka akan masak di rumah sahaja atau memilih membeli makanan di kedai lain yang buka seperti restoran makanan segera McDonald's.



"Walaupun kadangkala agak sukar mencari makanan (dari kedai Muslim) pada tempoh ini, saya faham bahawa pekerja di kedai juga ingin menyambut Hari Raya," kata pelajar Ahmad Uibaidillah Abdul Samad, 18 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >