Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai makan Tampines digantung lesen kerana infestasi

Sep 07, 2023 | 04:15 PM



Lesen kedai makan yang terletak di Blok 201C Tampines Street 21, Khairun Miyah Indian Muslim Food, telah digantung selama dua minggu mulai 5 September hingga 18 September, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).

Dalam notis kebersihan makanan yang diterbitkan di laman webnya, SFA berkata penggantungan ini adalah kerana kedai makan itu gagal untuk memastikan premisnya bebas daripada infestasi. Namun tidak dinyatakan jenis infestasi tersebut.

Kedai tersebut telah meraih 12 mata demerit dalam tempoh 12 bulan dan dikenakan denda sebanyak $800 bagi kesalahan tersebut.

Kesalahan iaitu gagal memastikan presmisnya bebas daripada infestasi berlaku pada dua kejadian berasingan, yang setiap daripadanya menyebabkan enam mata demerit dikenakan.

Berdasarkan rekod, pemegang lesen yang dikenakan 12 atau lebih mata demerit dalam tempoh 12 bulan mungkin akan digantung lesennya buat tempoh sama ada dua atau empat minggu, atau dibatalkan.

Semua yang mengurus makanan dan bekerja di premis yang digantung juga diperlukan untuk menghadiri semula serta lulus Kursus Keselamatan Makanan WSQ Tahap 1, sebelum mereka boleh sambung pekerjaan mengurus makanan, kata SFA.

Pemegang lesen juga diperlukan untuk memastikan bahawa semua pegawai kebersihan makanan yang bekerja di premis yang digantung, sekiranya ada, menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan WSQ Tahap 3.

“SFA memandang serius kesalahan ini dan ingin mengingatkan pengendali makanan agar mematuhi amalan kebersihan peribadi dan makanan sepanjang waktu, dan hanya menggunakan kakitangan berdaftar untuk mengurus makanan. SFA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >