Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN GEMPA DI TURKEY DAN SYRIA

Kedutaan Turkey di S'pura henti terima barang derma

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



KEDUTAAN Turkey di Singapura telah menghentikan penerimaan barangan derma buat sementara waktu bagi mangsa gempa yang melanda Turkey dan Syria baru-baru ini disebabkan sambutan luar jangka.



Dalam satu catatan Facebook kedutaan itu kelmarin, ia menyatakan bahawa disebabkan banyaknya sumbangan barangan seperti baju musim sejuk, maka kutipan dihentikan buat sementara waktu.



"Keputusan ini bertujuan mencerminkan keazaman kami untuk menggunakan sepenuhnya sumbangan yang diterima dan kepekaan kami untuk menghormati sepenuhnya kemurahan hati rakan-rakan kami di Singapura," tambah kenyataan tersebut.



Pada 11.30 pagi kelmarin, kedutaan itu memuat naik catatan di saluran media sosial mengarahkan penderma dari premis kedutaannya di SGX Centre 1 ke sebuah pusat pengumpulan di 10 Genting Lane, selepas pejabat kedutaan itu kehabisan ruang.



Laporan The Straits Times dan gambar-gambar dari media sosial menunjukkan barisan penderma dengan beg-beg yang diatur di lobi SGX Centre pada pagi kelmarin.



Awal daripada itu, kedutaan tersebut telah mengemukakan permintaan bagi pendermaan barangan seperti baju musim sejuk bagi orang dewasa dan kanak-kanak serta bekalan seperti khemah, selimut dan lampin.



Kedutaan itu bercadang menghantar sumbangan sedemikian ke Turkey dan Syria pada Isnin depan.



Dalam pada itu, angka kematian akibat gempa Isnin lalu telah naik kepada sekitar 22,000 dan ia dijangka terus meningkat.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengerahkan kontinjen Operation Lionheart (OLH) seramai 68 anggota, yang kini berada di Turkey bagi membantu dalam misi mencari dan menyelamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >