Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENANGKAPAN ISA

Keganasan tidak boleh diterima, apa lagi disokong

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



WARGA Singapura boleh bekerjasama dengan pertubuhan yang sah untuk menyokong pelbagai perjuangan di serata dunia yang meninggalkan kesan mendalam pada diri mereka, termasuk membantu masyarakat Palestin.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata demikian kepada media semalam ketika mengulas penangkapan seorang guru Kementerian Pendidikan (MOE), Mohamed Khairul Riduan Mohamed Sarip, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Khairul, 38 tahun, merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA kerana mahu menjalankan keganasan bersenjata kerana terjejas dek konflik Israel-Palestin.



Sebelum ini, seorang belia Singapura, Amirull Ali, telah ditahan di bawah ISA kerana merancang melakukan serangan terhadap masyarakat Yahudi di Sinagog Maghain Aboth di Waterloo Street serta merancang pergi ke Gaza untuk menyertai sayap tentera Hamas, Izz ad-Din al-Qassam Brigades (AQB) dan berlawan menentang Israel.



"Terdapat perjuangan di seluruh dunia yang meninggalkan kesan pada ramai orang.



"Warga Singapura boleh menyuarakan pandangan mereka tentang perjuangan ini, ramai memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain bagi perjuangan yang diyakini mereka," ujar Encik Shanmugam.



Sebagai contoh, Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF) telah melancarkan beberapa usaha kutipan dana sebelum ini untuk membantu penduduk Palestin di Gaza bagi menyediakan bantuan khidmat kesihatan, makanan dan sosial kepada masyarakat yang terjejas di sana.



Merujuk kepada kenyataan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di laman Facebook beliau menyusuli konflik di Gaza pada 2021, Encik Shanmugam berkata Dr Faishal telah menyuarakan pandangannya dan menerangkan bagaimana warga Singapura boleh membantu masyarakat Palestin dan memberi bantuan kemanusiaan.



"Pertubuhan yang dihormati di Singapura telah mengumpul dana dan barangan untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Palestin.



"Namun, keganasan bersenjata itu berbeza dan tidak boleh diterima.



"Kita tidak boleh menyokong pengganasan, konflik bersenjata dan rancangan untuk membunuh orang," ujar beliau.



Meskipun Singapura mempunyai dasar toleransi sifar terhadap individu yang mempertimbang untuk pergi ke luar negara untuk berlawan demi apa jua perjuangan, Encik Shanmugam berkata negara ini juga tidak akan mengambil pendekatan menjadikan negara ini ibarat sebuah kubu.



Selain mengambil langkah terhadap individu sedemikian ketika mereka berada di tahap perancangan, beliau berkata Singapura juga bekerja rapat dengan rakan kerja masyarakat dan pertubuhan untuk menyebarkan mesej menentang pengganasan.



Apabila ditanya Berita Harian tentang laporan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) baru-baru ini yang antara lain menarik perhatian bahawa langkah terus melonggarkan sekatan perjalanan berkaitan Covid-19 dan pergerakan rentas sempadan yang kian rancak boleh mendorong peningkatan pergerakan dan kegiatan pengganas, beliau berkata penyelesaiannya bukan mengubah Singapura menjadi ibarat sebuah kubu.



"Orang ramai mahu meneruskan kehidupan mereka dengan rasa selamat tanpa berasa ibarat dalam penjara, dengan banyak sekatan.



"Oleh itu, perlu mudah untuk keluar masuk Singapura dan kita harus memastikannya sementara memastikan keselamatan juga.



"Ini bukan mudah tetapi Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bersama agensi Home Team lain berusaha mencapai keseimbangan itu," ujar Encik Shanmugam.




"Terdapat perjuangan di seluruh dunia yang meninggalkan kesan pada ramai orang.



Warga Singapura boleh menyuarakan pandangan mereka tentang perjuangan ini, ramai memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain bagi perjuangan yang diyakini mereka...



Pertubuhan yang dihormati di Singapura telah mengumpul dana dan barangan untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Palestin.



Namun, keganasan bersenjata itu berbeza dan tidak boleh diterima.



Kita tidak boleh menyokong pengganasan, konflik bersenjata dan rancangan untuk membunuh orang."



- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




FAHAMAN RADIKAL TETAP BAHAYA WALAU TIADA RANCANGAN SERANG SINGAPURA



“Hakikat bahawa individu yang menjadi radikal sendiri adalah seorang guru dari institusi pendidikan tempatan menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh terdedah kepada dakwah radikal dalam talian. Isu terkini Counter Terrorist Trends and Analyzes yang diterbitkan oleh Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) juga membuat penilaian bahawa individu yang meradikalkan dirinya sendiri masih menjadi ancaman pengganas utama kepada Singapura. Walaupun tahanan itu tidak merancang untuk melakukan serangan di Singapura, fahaman radikalnya berbahaya kepada masyarakat kita. Kes radikalisasi terus wujud di tengah-tengah kita. Mujurlah, ISD terus mengesan kes sebegini sebelum ia membawa pada kemudaratan mereka yang menjadi radikal sendiri atau orang lain.”



– Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >