Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan tradisional menarik sebelum Taman Warisan Melayu ditutup

Pusat bakal jalani pembangunan semula mulai 30 Oktober
Sep 29, 2022 | 05:30 AM



PELBAGAI persembahan dan kegiatan tradisional menarik oleh penghibur tempatan dan antarabangsa, termasuk dari Malaysia dan Indonesia, akan mewarnai acara Taman Warisan Melayu (TWM) ClosingFest bulan depan sebelum pusat itu ditutup untuk kerja-kerja pembangunan semula.



Acara-acara itu merupakan sebahagian daripada pameran terakhir budaya dan warisan Melayu tempatan yang telah diatur sebelum TWM menutup pintunya untuk kerja-kerja pembangunan semula pada 30 Oktober 2022.



Kerja-kerja pembangunan semula itu adalah yang pertama bagi pusat tersebut setelah sedekad.



Ia akan menjalani pengubahsuaian besar-besaran dan penyegaran semula bagi galeri tetapnya.



TWM ClosingFest yang akan dilancarkan pada 14 Oktober ini akan melengkapkan acara terakhirnya di tapak tersebut.



Antara persembahan yang diatur ialah oleh artis tempatan seperti Azrin Abdullah, aluNada Muzik dan Orkestra Melayu Singapura (OMS), yang akan menampilkan persembahan istimewa dan memberi penghormatan kepada genre joget serta artis lain yang telah menjadikannya popular.



Wakil aluNada Muzik, Encik Fadhli Ramlee, 38 tahun, berharap persembahannya yang bakal mereplikasi irama bunga tanjung dapat menyatukan masyarakat bersama.



"Bagi saya, muzik yang akan dimainkan ini adalah untuk membawa orang kembali ke zaman di mana budaya joget ini amat popular.



"Ia adalah untuk mencipta kenangan baru bagi mereka yang muda dan juga membolehkan mereka yang lebih lanjut usia menikmati genre tersebut sekali lagi," kata Encik Fadhli.



Melibatkan lebih daripada 150 penghibur, pengurus besar TWM, Cik Asmah Alias, berkata TWM ClosingFest disediakan untuk terus menawarkan pengalaman intim untuk memberikan pendedahan budaya sebagai tradisi serta menyediakan peluang pembelajaran untuk pengunjung daripada semua peringkat umur dan minat.



"Buat kali terakhir sebelum penutupan sementara, TWM ClosingFest akan meraikan tradisi Melayu dan warisan kita melalui pelbagai persembahan dan aktiviti yang ditawarkan.



"Pada masa yang sama kita juga ingin mengajak orang ramai meraikan warisan serta pencapaian TWM selama bertahun-tahun," kata Cik Asmah.



Sorotan pesta lain termasuk pameran tarian tahunan TWM, Lintas Nusantara dan Konsert SaloMambo, penghormatan kepada penyanyi Saloma yang terkenal di Singapura.



Selain itu, NADI Singapura juga akan mempersembahkan 'Himpunan Serumpun V', persembahan menggembirakan yang dihasilkan oleh kumpulan seni itu.



Orang ramai juga berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang pelbagai budaya Melayu serantau.



Bazaar Nusantara, salah satu program yang disediakan, bakal mempamerkan masakan yang berbeza, amalan budaya dan persembahan orang Banjar, Bawean, Bugis, Jawa dan Minangkabau melalui pelbagai pengalaman interaktif.



Menjelang malam gala, pengunjung boleh mula menyertai aktiviti kraf dang bengkel secara fizikal mulai hujung minggu ini yang disediakan untuk pengunjung daripada semua peringkat usia untuk dinikmati.



Antara aktiviti dan bengkel ini termasuk mencipta tepak sirih dan gubahan bunga tradisional, bunga rampai dan wayang kulit mereka sendiri.



TWM yang akan menutup pintunya kepada orang awam hujung tahun ini dijangkakan dibuka pada 2025, setelah kerja ubahsuai dijalankan.



Semasa kerja ubahsuai dijalankan, TWM berkata ia masih akan mendekati orang ramai melalui program dalam talian serta inisiatif lain seperti pameran mengembara serta program kerjasama dengan pihak berkepentingan di jalur itu.



Untuk maklumat lanjut tentang TWM ClosingFest, lungsuri laman Facebook dan Instagram TWM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >