Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kehadiran pelancong ibarat 'sinar' bagi peniaga di kawasan Kampong Glam

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



SELAMA dua tahun, para peniaga di kawasan Kampong Glam dihimpit penjualan yang menjunam apabila pelancong, yang menjadi antara sumber rezeki mereka, tidak dapat melancong ke Singapura.



Namun, sejak Singapura mewujudkan Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dengan beberapa negara, terdapat pelancong yang sudah pun kelihatan di kawasan warisan itu.



Walaupun bilangannya masih kecil, para peniaga yang ditinjau mengharapkan hari-hari lebih baik tidak lama lagi.



"Ia merupakan satu kelegaan bagi saya apabila melihat ada juga pelancong yang lalu lalang dan membeli cenderahati dari kedai saya. Mereka tidak datang secara rombongan yang besar seperti dulu. Tetapi, ia permulaan yang baik," kata pemilik kedai cenderamata, Table Top Creation, di Bussorah Street, Cik Melati Awang.



Sebelum pandemik, 80 peratus pelanggannya adalah pelancong.



Singapura telah mewujudkan Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dengan Denmark, Italy, Perancis, Britain, Switzerland, Jerman, Sepanyol, Belanda, Sweden, Finland, Canada, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.



VTL dengan Australia akan bermula 21 November ini, manakala dengan Malaysia bermula 29 November ini.



Pemilik butik pakaian dan kain batik Ozel, Encik Kamal Abdul Razak juga menerima beberapa pembelian daripada golongan ekspatriat di sini yang akan pulang ke negara masing-masing untuk bercuti di bawah VTL.



"Oleh kerana golongan ekspatriat ini tidak dapat ke Indonesia atau Malaysia, mereka membeli kain-kain dan pakaian batik dari kedai saya sebagai cenderahati untuk dibawa pulang ke negara masing-masing," kata Encik Kamal, yang kedainya terletak di North Bridge Road.



Pemilik generasi ketiga kedai minyak wangi Jamal Kazura Aromatics, Encik Samir Kazura melihat peningkatan sedikit dalam perniagaannya.



"Kami lihat ada juga pelancong di kawasan ini. Kami berharap enam bulan mendatang, penjualan akan menjadi lebih rancak. Perniagaan kami sudah pun susut 60-70 peratus disebabkan Covid-19," kata Encik Samir. Sebelum ini, dua kedainya bergantung kepada pelancong untuk membeli minyak wanginya.



Kedai minyak wangi itu dimulakan Allahyarham datuknya pada 1933 sebelum diuruskan oleh bapanya.



Para peniaga berkata lima anggota isi rumah yang sama yang kini boleh menjamu selera di restoran juga merancakkan suasana di kawasan Kampong Glam.



"Kami telah mula melihat pelancong lalu lalang di kawasan Kampong Glam. Keluarga juga telah mula menjamu selera di kafe kami. Ia membantu sedikit pendapatan kami yang terjejas. Kami harapkan hari-hari yang lebih baik," ujar pemilik I Am Cafe, Encik Jamuri Busori.



Pengarah urusan Kafe Le Fuse, Encik Leonadi Ramli berkata kebanyakan pelancong Eropah yang ke sana lebih banyak menjamu dan meminum di kawasan tidak halal, jadi kafenya masih belum melihat peningkatan.



Pakar ekonomi OCBC Cik Selena Ling berkata pembukaan VTL perlu bagi pemulihan jangka panjang tetapi bilangan pelancong masih jauh dari tahap sebelum Covid-19.



September lalu, kadar penginapan hotel dan pendapatan setiap bilik (RevPAR) meningkat mencapai 63 peratus, paling tertinggi dalam tahun ini. Ia berbanding 55 peratus pada bulan sebelumnya.



RevPAR juga mencapai $103.18, berbanding $81.86, menurut perangkaan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Ketua penyelidikan firma rundingcara hartanah Edmund Tie, Encik Lam Chern Woon meramalkan skim VTL akan menyokong lagi 100,000 hingga 200,000 pelawat dalam suku mendatang.



Singapura menerima 2.74 juta pelancong pada 2020 dan 19.1 juta pada 2019 sebelum Covid-19.




“Ia merupakan satu kelegaan bagi saya apabila melihat ada juga pelancong yang lalu lalang dan membeli cenderahati dari kedai saya. Mereka tidak datang secara rombongan yang besar seperti dulu. Tetapi, ia permulaan yang baik.”
– Pemilik kedai cenderamata, Table Top Creation, di Bussorah Street, Cik Melati Awang.



“Kami telah mula melihat pelancong lalu lalang di kawasan Kampong Glam. Keluarga juga telah mula menjamu selera di kafe kami. Ia membantu sedikit pendapatan kami yang terjejas. Kami harapkan hari-hari yang lebih baik.”
– Pemilik I Am Cafe, Encik Jamuri Busori.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >