Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kejadian di Ukraine boleh jejas harga makanan, barang SG

Feb 13, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA boleh menjangkakan harga makanan dan barangan lain termasuk penerbangan antarabangsa terjejas jika ketegangan antara Russia dan Ukraine menjadi konflik.



Kesannya mungkin tidak dirasai serta-merta dan negara ini tidak mungkin menyesuaikan pengaturan keselamatannya, menurut laporan The Straits Times yang menukil pendapat para pakar.



Pakar-pakar itu juga menambah, Singapura mungkin tidak akan berpihak kepada mana-mana negara seandainya situasi bertambah buruk.



Dr Ian Storey daripada Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas)-Institut Yusof Ishak berkata, Ukraine merupakan pengeksport besar makanan, dan konflik berpanjangan dengan Russia akan menyebabkan eksport pertaniannya ke rantau ini terjejas.



Eksport Ukraine termasuk bijirin, minyak sayuran dan produk-produk lain.



"Penerbangan antara Asia dengan Eropah juga akan terjejas jika syarikat penerbangan mahu mengelak daripada terbang di zon konflik," kata Dr Storey.



Penganalisis hal ehwal global, Dr Mustafa Izzuddin pula berkata, ekonomi Singapura boleh terjejas jika ketegangan terus meningkat.



"Pelaburan Singapura di Asia Tengah dan Eropah Timur boleh terjejas jika krisis Russia-Ukraine, berlatarbelakangkan geopolitik persaingan Russia-Amerika Syarikat, bertambah buruk, mengakibatkan peperangan - sesuatu yang tiada siapa mahukan," kata Dr Mustafa.



Pakar menyatakan bahawa satu lagi kesan yang mungkin berlaku daripada krisis itu ialah ia boleh mengalihkan perhatian AS daripada rantau Indo-Pasifik.



Washington telah secara aktif melibatkan negara-negara di rantau ini sejak Presiden Barack Obama mengisytiharkan peralihan dalam fokus strategik ke rantau ini pada 2009.



Jika Russia menyerang Ukraine, AS boleh mengalihkan perhatiannya kembali ke Eropah dan menjauhi Asia, kata Dr Frederick Kliem, felo penyelidik dan pensyarah di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.



"Secara strategik, ini bermasalah. AS tidak boleh komited kepada kedua-dua perkara, dan Indo-Pasifik harus menjadi tumpuannya.



"Adalah satu kesilapan untuk mengalihkan perhatian kembali ke Eropah Tengah dan Timur sekarang.



"Sebaliknya, AS harus melihat ini sebagai peluang untuk membiarkan orang Eropah 'bertambah matang' dan menjaga keselamatan benua sendiri," kata Dr Kliem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >