Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kejar masa dek hujan dan permit berbaloi dicalon filem terbaik

Pelajar ITE tonjolkan kisah, cabaran penghantar makanan berdasarkan pengalaman sendiri dalam filem pendek bagi peraduan ciNE65
Jun 24, 2021 | 05:30 AM



Dilancarkan pada Julai 2011, objektif ciNE65 ialah memperdalam rasa kekitaan terhadap Singapura menerusi filem pendek. Ia menggalak pembikin filem muda berkongsi apa erti Singapura kepada mereka. Tahun ini, ciNE65 merangkumi tiga filem pendek yang ditugaskan, peraduan filem pendek Anugerah Pembikin Filem ciNE65 (ciNE65 MMA), bengkel dan ceramah pembuatan filem dan pesta filem. Dianjurkan Nexus, Kementerian Pertahanan dan syarikat hiburan media mm2 Entertainment, tema ciNE65 ialah Teguh, Bersama. Ia mengajak pembuat filem tempatan mencerminkan kisah tempatan dan meneroka cara rakyat Singapura mengatasi cabaran dan melangkah ke depan sebagai sebuah negara bersatu padu dan bekerjasama. Berita Harian menyorot pengalaman seorang pelajar yang filemnya dicalonkan sebagai filem terbaik, serta pandangan seorang juri ciNE65.




SEPANJANG dua tahun bekerja sambilan sebagai penghantar makanan, beliau melalui pelbagai pengalaman dan berdepan aneka cabaran.



Justeru, apabila pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central Muhammad Ruzhael Marwazi ditugaskan sekolahnya menghasilkan sebuah filem bagi peraduan filem pendek ciNE65, beliau terdorong mengetengahkan kisah sehari dalam kehidupan seorang penghantar makanan di Singapura.



Maka terhasillah filem Kejar, yang kebanyakannya mencungkil pengalaman berkait rapat dengan kehidupan Ruzhael, seorang pelajar Higher Nitec tahun kedua jurusan Pembuatan Filem (Seni Perfileman), sendiri.



Berkat kerja keras pelajar berusia 20 tahun itu dan pasukannya, filem tersebut dicalonkan sebagai filem terbaik (kategori pelajar) bagi Anugerah Pembikin Filem ciNE65 (ciNE65 MMA).



"Saya amat terkejut dan rasa rendah hati kerana apabila membuat filem ini, saya tidak pernah terfikir untuk menang. Saya hanya tumpukan pada usaha menghasilkan sebuah filem terbaik bersama mereka yang bekerjasama dengan saya.



"Jadi apabila saya mendapat tahu, saya menangis, saya tidak boleh percaya," ujar Ruzhael, yang menjadi pengarah dan penulis Kejar.



Sesuai dengan tema peraduan, iaitu Teguh, Bersama, filem Ruzhael menunjukkan cara watak utamanya menghadapi cabaran apabila menghantar makanan dari rumah ke rumah sambil membantu orang lain dalam perjalanannya.



"Ia tentang kebaikan kecil yang dilakukannya. Pada akhir filem, apabila beliau sendiri mempunyai masalah tidak dapat memuatkan semua pesanan dalam begnya, seorang yang pernah dibantunya memutuskan menolongnya kembali dengan membahagikan makanan yang perlu dihantar," jelasnya.



Pada akhir filem pendek tiga minit itu, walaupun watak utama tidak dapat mencapai 30 pesanan yang dapat memberinya insentif kewangan, yang lebih penting ialah perjalanannya dan sikap ingin menolong, ujar Ruzhael.



"Itu lebih bernilai daripada apa jua duit yang boleh diraih," tambahnya.



Berkongsi tentang cabaran yang dihadapi dalam pembuatan filem itu, Ruzhael berkata waktu penggambaran pada awal tahun bertembung dengan musim monsun di Singapura.



Ini menyebabkan jadualnya terjejas, malah beberapa adegan filem itu perlu dipotong.



Selain itu, ia agak sukar mendapat kelulusan bagi lokasi penggambaran, membuat beliau dan krunya kelam kabut dalam mengikuti jadual.



Bagaimanapun, pengalaman pembuatan filem itu bukan mengajarnya erti kesabaran sahaja, bahkan mengasah kemahirannya dalam menyusun jalan cerita.



"Pensyarah kami juga mencabar kami untuk menghasilkan hanya dua dialog dalam seluruh filem itu, justeru ia mencabar saya menceritakan sesebuah kisah menggunakan hanya imej dan suara.



"Ia mencabar saya membuat penonton mengikuti kisah watak yang hampir tidak berkata apa-apa," ujarnya.



Yang jelas, pengalaman itu memperkukuh keinginannya berkecimpung dalam industri perfileman pada masa depan.



Bercita-cita menjadi pengarah, Ruzhael merancang memperbaiki kemahirannya lebih lanjut dan terus mempelajari pembuatan filem di peringkat diploma di politeknik.



Ditanya harapannya bagi pertandingan itu, Ruzhael berkata: "Menang tak menang, ia tidak begitu penting. Yang lebih penting ialah perjalanan yang telah saya lalui serta rakan yang telah saya dapat.



"Seperti 'Zul' (watak utama) membantu orang lain, dan orang lain membantunya kembali, begitu juga buat saya, iaitu orang lain betul-betul membantu saya dan itulah yang lebih penting daripada memenangi pertandingan ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >