Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelakonan PAP tidak merosot, kekal telus walau hadapi kontroversi: PM Lee

Jul 17, 2023 | 07:01 PM



Kejadian berprofil tinggi melibatkan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) baru-baru ini bukan bermakna standard parti itu semakin merosot, tetapi menunjukkan bagaimana ia menangani isu-isu tersebut dengan teliti dan telus, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

PAP mahu mengekalkan standard tingginya bukan hanya untuk satu penggal pilihan raya, atau satu generasi pemimpin, tetapi memastikan ia berterusan ke generasi seterusnya, katanya.

Encik Lee berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Berita Harian semasa sidang media di Istana pada petang Isnin berikutan pengumumannya mengenai peletakan jawatan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin dan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).


Encik Tan dan Cik Cheng telah menjalani hubungan sulit, dan telah meletak jawatan di atas kelakuan peribadi mereka.

PAP telah menghadapi beberapa kontroversi dalam beberapa minggu kebelakangan, seperti siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) ke atas Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dan siasatan berasingan oleh biro itu berhubung kes sewa banglo hitam putih di Ridout Road melibatkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K.Shanmugam dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Sepanjang minggu lalu, satu video yang mana kedengaran Encik Tan menuturkan kekata kesat dan lucah pada mikrofon di Parlimen telah disebarkan.

“Saya fikir dari masa ke semasa, perkara ini berlaku. Apabila ia berlaku, kami perlu memastikan kami menanganinya dengan teliti dan telus, dan semua orang dapat melihat bahawa kami melakukannya,” kata Encik Lee.

“Tiada sistem yang sempurna sepenuhnya. Beberapa perkara boleh menjadi salah kadangkala dan ia perlu diperbetulkan,” tambahnya.

Encik Lee berkata bagi isu Ridout Road, perkara itu timbul di Internet dan kedua-dua menteri melalui siasatan CPIB yang penuh dan teliti, serta siasatan oleh Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean. Hasil siasatan telah dibentangkan sepenuhnya di Parlimen.

“Ini bukan contoh piawaian PAP yang merosot, tetapi bagaimana kami menangani dakwaan terhadap Anggota Parlimen PAP,” kata Encik Lee.

Dalam kes Encik Iswaran, beliau berkata perkara itu muncul bukan daripada laporan luar, tetapi kerana CPIB menemui isu itu semasa melakukan satu lagi siasatan.

“Mereka memberitahu saya, saya kata, lakukan (siasatan itu). Selepas beberapa bulan ia kembali kepada saya, mereka kata, ada sesuatu (yang disyaki), kami mahu membuka siasatan rasmi. Saya mengkaji laporan itu, saya berkata, ya, teruskan, dan itulah yang telah mereka lakukan, dan ia akan sampai ke kesimpulan penuhnya,” kata Encik Lee.

Dalam kes Encik Tan dan Cik Cheng, mereka tidak memenuhi standard yang dijangkakan, katanya.

“Kami cuba meminta mereka memperbaiki cara mereka, ia tidak berjaya dan mereka terpaksa berundur,” kata Encik Lee.

Beliau berkata begitulah cara sistem itu perlu berfungsi. Kadangkala beberapa perkara berlaku serentak, tetapi “kami pastikan yang kami memperbetulkannya”.

“Kami bukan hanya mengekalkan standard yang tinggi untuk satu penggal atau satu generasi pemimpin. Anda perlu memastikan bahawa anda boleh mengekalkan ini, menjiwai semangat menjalankan misi dan tanggungjawab itu dan dapat menyampaikannya melangkaui penggal anda ke generasi seterusnya… Ini adalah cara sistem kami berfungsi dan ini adalah cara bagaimana ia harus berfungsi untuk Singapura berjaya,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >