Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RUSUHAN DI JAKARTA

Kelas ditutup, duduk rumah demi keselamatan

Beberapa warga S'pura yang menetap di Jakarta prihatin tercetusnya keganasan, berharap insiden tidak merebak
May 24, 2019 | 05:30 AM



SELAMA dua hari, sekolah kededua anak lelaki Cik Asnoreen Aswar telah membatalkan kelas sebagai langkah berjaga-jaga menyusuli rusuhan yang tercetus di Jakarta berikutan pengumuman rasmi keputusan pilihan raya presiden.



Meskipun sekolah mereka, Sekolah Antarabangsa Anglo Chinese School (ACS) Jakarta, terletak sekitar 15 kilometer daripada pusat terjadinya rusuhan, ibu bapa seperti Cik Asnoreen mengalu-alukan langkah itu sekali gus tidak memerlukan mereka untuk keluar rumah.



"Walaupun buat masa ini, keadaan agak terkawal dan rusuhan tertumpu hanya kepada beberapa tempat sahaja, apa yang kami bimbangkan ialah sekiranya ia merebak ke kawasan lain.



"Lagipun, banyak jalan raya ditutup dan ini memerlukan kami untuk mencari laluan alternatif," katanya.



Kelas kededua anaknya bagaimanakan dikatakan akan disambung semula mulai hari ini.



Cik Asnoreen, seorang guru geografi yang sedang mengambil cuti tanpa gaji, telah menginap di Jakarta selama setahun bersama dua anak lelakinya, Aiman Nabil, 15 tahun; dan Aaqil Naqib Ahmad Najib, 12 tahun, serta suaminya yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan awam Singapura yang kini berkhidmat di ibu kota Indonesia itu.



Kediaman mereka yang terletak di Mega Kuningan berdekatan dengan Jalan Thamrin - salah satu tempat di mana berlangsungnya demonstrasi.



"Kawasan rumah kami amat tenang dan sunyi tetapi kami tidak mahu meninggalkan rumah demi keselamatan kami sekeluarga," ujarnya apabila dihubungi melalui panggilan jauh semalam.



Kededua anaknya juga mendapati apa yang berlaku sebagai satu pengalaman yang berbeza.



Ini menurutnya telah memberinya peluang mengajar mereka untuk tidak mengambil ringan soal keamanan yang selama ini dinikmati di Singapura.



Rusuhan yang tercetus kelmarin menurut pihak berkuasa bukanlah "demonstrasi massa spontan".



Ketua Polis Negara Mohammad Iqbal telah berkata sebelum ini, 58 "ejen provokasi" di sebalik keganasan telah pun ditangkap.



Menurutnya, 14 kenderaan termasuk tiga milik polis dibakar.



Tunjuk perasaan itu ialah bagi membantah pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) awal pagi kelmarin bahawa Presiden Joko Widodo telah mengalahkan mantan jeneral Prabowo Subianto dengan jumlah undi 55.5 peratus dalam pilihan raya presiden pada April 17.



Encik Prabowo menolak keputusan itu, mendakwa penipuan meluas, dan mengatakan beliau akan memfailkan cabaran undang-undang terhadap keputusan tersebut.



Ekoran situasi yang agak tegang selama dua hari itu, Cik Asnoreen berkata beliau sering mendapatkan maklumat sahih daripada sumber-sumber berita negara yang boleh dipercayai.



Namun ibu berusia 42 tahun itu juga sering berkomunikasi menggunakan wadah WhatsApp bersama kenalan lain asal Singapura dan Malaysia, yang kini menginap di Jakarta.



"Kami sering bertukar-tukar maklumat yang diterima agar kami ketahui situasi terkini," ujarnya lagi.



Namun apabila beberapa laman media sosial seperti Facebook dan Instagram serta WhatsApp disekat penggunaannya oleh pemerintah Indonesia, Cik Asnoreen berkata ada teman-teman di Facebook yang khuatir akan keadaannya apabila beliau kurang memuat naik sebarang pos di akaunnya.



"Oleh kerana sekatan itu, susah untuk kami menggunakan media sosial tetapi saya beritahu mereka kami sekeluarga dalam keadaan selamat dan ini merupakan langkah Indonesia untuk menenangkan keadaan daripada penularan berita- berita palsu," katanya.



Penggunaan laman media sosial dan WhatApp disekat penggunaannya kelmarin.



Mengongsi pengalaman yang serupa ialah konsultan dalam bidang kewangan, Encik Faisal Jaffar Albasrawi, 47 tahun.



Beliau, yang sudah tinggal di Indonesia sekitar 12 tahun, berkata agak sukar untuk dirinya, yang sering menggunakan wadah WhatsApp, untuk menghantar foto-foto.



"Saya ada terima berita palsu bahawa ada seorang pegawai polis yang dikatakan telah menyerang masjid. Saya rasa pemerintah Indonesia mahu mengekang perkara ini dari berleluasa," katanya.



Menceritakan apa yang dilihatnya semasa berlakunya demonstrasi itu, Encik Faisal berkata pada hari pertama para penunjuk perasaan telah berbuka puasa, solat jemaah maghrib dan isyak serta solat tarawih di jalan-jalan raya.



"Melakukan demonstrasi sesuatu yang dibenarkan di Indonsia tetapi ia sepatutnya berakhir pada 6 petang.



"Namun ekoran bulan puasa, demonstrasi pada hari pertama berlanjutan sehingga subuh," ujarnya.



Walaupun pejabatnya yang terletak hanya satu kilometer daripada tapak demonstrasi, beliau bersyukur ia tidak menjejas operasi di tempat di mana beliau bekerja serta laluan jalan raya di sekitar kawasan tersebut.



Seorang lagi, Encik Muhammad Khairul Asyraf Khamis, 35 tahun, pengarah urusan syarikat Nortthcliff Sport - sebuah syarikat hasil kerjasama 2Touch International dari Singapura dan Northcliff Capital dari Indonesia - berkata keadaan kembali tenang semalam.



"Tidak seperti hari-hari biasa di mana jalan raya selalunya macet (sesak), agak tenang dan lengang jalan raya semalam," kongsinya.



Beliau turut menambah tiada kegenjotan berlaku di lapangan terbang apabila beliau perlu berangkat ke Bali pagi semalam.



"Rusuhan itu berlaku di kawasan terpencil di sekitar Tanah Abang sahaja.



"Syukur juga ia tidak merebak. Seperti yang dikatakan pemerintah Indonesia, ini merupakan satu rusuhan yang telah diselaras. Jika ia benar-benar satu isu yang besar, ia sudah merebak ke serata negara," katanya yang sudah berada di Jakarta sekitar empat bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >