Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Sewa kereta kini lebih mudah, murah dan popular'

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



PENGGUNAAN khidmat kongsi pakai kereta di Singapura kini sudah sama fungsinya seperti menggunakan kenderaan awam.



Para penyedia khidmat seperti BlueSG, GetGo dan TribeCar juga melihat peningkatan dari segi jumlah pengguna di platform sewa mereka.



Antara sebab mengapa khidmat sebegini menjadi pilihan pengguna ialah harga sewanya yang murah.



Adakalanya harga untuk sewa satu jam jauh lebih murah daripada harga yang dikenakan penyedia khidmat kereta sewa seperti Grab.



Sebagai contoh, bayaran yang dikenakan grab bagi perjalanan dari Yishun ke Toa Payoh ialah $20, berbanding harga sewa satu jam di TribeCar $5 sahaja.



Lazimnya saya akan pilih untuk hanya menyewa kereta dari TribeCar jika perlu berada di luar rumah kurang daripada empat jam.



Ini kerana sewa tiga jam berharga dalam lingkungan $15 atau $17 selepas dikenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kegunaan kenderaan untuk tiga jam.



Jika menggunakan khidmat penghantaran Grab untuk perjalanan ulang alik, bayarannya ialah $40 atau lebih, bergantung pada waktu perkhidmatan dipesan.



Dalam situasi sebegini, saya mampu jimat $10 hingga $15.



Dari segi fungsi dan kegunaan kenderaan sedemikian, kereta-kereta itu terletak di tempat letak kenderaan berdekatan rumah atau berdekatan dengan lokasi si penyewa, menjadikan ia mudah dan dekat untuk diakses.



Pengguna juga boleh tempah kereta di saat-saat akhir, bergantung pada baki kereta yang ada yang boleh disewa.



Kereta boleh digunakan untuk ke pasar, keluar berkelah, membawa orang tua bagi pemeriksaan kesihatan dan memandu keliling Singapura.



Kereta tertentu juga boleh dipandu ke Malaysia, tetapi lokasi yang dibenarkan dihadkan ke kawasan selatan Malaysia sahaja.



Jenama dan model kenderaan sewa juga pelbagai - dari jenama Korea, Jepun dan malah buatan Jerman - untuk kegunaan pengguna.



Selain kereta yang muat untuk empat hingga lapan orang, kenderaan jenis van dan motosikal juga tersenarai.



Namun kadar sewa berubah bergantung pada keadaan, seperti waktu sibuk dan musim cuti.



Saya pernah sewa kereta sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk pulang ke kampung di Pontian, Johor.



Pada waktu musim cuti perayaan, lazimnya kadar sewa dikira berdasarkan bilangan hari kereta itu disewa dengan harga sekitar $128.40 sehari atau $663.40 seminggu.




KELEBIHAN KERETA SEWA



"Pengguna juga boleh tempah kereta di saat-saat akhir, bergantung pada baki kereta yang ada yang boleh disewa.

Kereta boleh digunakan untuk ke pasar, keluar berkelah, membawa orang tua bagi pemeriksaan kesihatan dan memandu keliling Singapura.

Kereta tertentu juga boleh dipandu ke Malaysia, tetapi lokasi yang dibenarkan dihadkan ke kawasan selatan Malaysia sahaja."

- Penulis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >