Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelengkapan HIP lebih moden, bermutu, permudah pemilik flat HDB

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



PAKEJ kelengkapan penambahbaikan di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP) telah diperbaharui, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan semalam.



Pakej itu diperluaskan sejak Mac 2020 untuk merangkumi kelengkapan penambahbaikan lebih moden dengan mutu yang lebih baik.



Ini termasuk rak pengering pakaian yang boleh ditarik balik dengan tiang dipanjangkan dalam bingkai. Ia membolehkan pengguna menyidai atau mengambil pakaian dengan mudah.



Rak baru itu menggantikan rak berbentuk T yang menyokong kedua-dua hujung tiang pakaian yang ditawarkan sebelumnya.



Pakej naik taraf tandas juga diperbaiki. Ia merangkumi jubin dinding dan lantai yang lebih besar dengan rangkaian reka bentuk moden yang lebih luas.



HIP terdiri daripada tiga komponen iaitu kelengkapan penambahbaikan penting, kelengkapan pilihan dan Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (Ease).



Kelengkapan penambahbaikan penting, seperti pembaikan retakan konkrit atau struktur, dan rak pengering pakaian yang boleh ditarik balik, meningkatkan standard kesihatan dan keselamatan awam dan dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah.



Kelengkapan penambahbaikan pilihan, seperti pintu dan pintu pagar baru, diberikan subsidi sehingga 95 peratus bergantung kepada jenis flat.



Program Ease, yang juga sebahagian besarnya dibiayai pemerintah, menyediakan kelengkapan rumah mesra warga emas seperti palang pegangan, tanjakan dan rawatan kalis gelincir pada jubin lantai tandas.



Kelengkapan itu juga ditawarkan secara berasingan di bawah laluan permohonan langsung untuk penduduk yang memerlukannya, atau blok yang tidak layak bagi HIP.



Bagi membolehkan penduduk membayangkan bagaimana kelengkapan Ease dapat disesuaikan di rumah mereka, HDB telah memperkenalkan ciri realiti terimbuh (AR) pada aplikasi Mobile@HDB sejak Julai tahun lalu.



Penduduk boleh mengimbas rumah mereka dengan menggunakan aplikasi itu di peranti digital mereka, dan secara maya meletakkan dan menyesuaikan jenis palang pegangan yang dipilih pada dinding atau tanjakan di lantai.



HDB berkata bahawa lebih daripada 255,500 isi rumah telah memohon bagi Ease sehingga 31 Disember tahun lalu.



Ease telah dilancarkan pada 2012.



Daripada jumlah itu, sekitar 160,200 isi rumah memilih untuk menggunakan Ease bersama HIP, manakala 95,300 isi rumah menggunakan laluan permohonan langsung.



Pemerintah telah membelanjakan sekitar $102 juta pada Ease sehingga 31 Mac tahun lalu, kata HDB.



Pada Disember 2018, Ease diperluaskan untuk merangkumi huraian tanjakan bagi flat yang punya pintu masuk dengan beberapa anak tangga.



Lebih 3,000 rumah telah memasang kelengkapan itu sehingga 31 Disember tahun lalu.



Daripada jumlah tersebut, sekitar 1,940 tanjakan disesuaikan dan 1,070 tanjakan mudah alih telah dipasang.



Kira-kira 2,080 tanjakan dipasang di rumah yang telah memohon langsung bagi Ease.



Baki lagi 930 tanjakan dipasang di bawah Ease sebagai sebahagian daripada HIP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >