Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WIRA TANPA SAJUNGAN

Keliling kota... bersihkan kejiranan... 'Senang bila orang awam hargai kerja kami'

Ketua perkhidmatan di SembWaste antara penerima Anugerah Bintang semasa Hari Tenaga Kerja Perkhidmatan Alam Sekitar 2021
Dec 17, 2021 | 05:30 AM



MEMANDU di kawasan kejiranan di Singapura dengan trak SembWaste, ramai beranggapan bahawa Encik Mohamad Faizil Mohamad hanya ditugaskan memunggah sampah.



Menceburi industri ini sejak lebih lima tahun lalu, beliau berperanan selaku ketua perkhidmatan di SembWaste Pte Ltd.



Tanggungjawab Encik Faizil termasuk memastikan keselamatan kakitangannya lain dan juga orang awam.



Atas khidmatnya itu, Encik Faizil semalam merupakan salah seorang daripada 27 penerima Anugerah Bintang semasa Hari Tenaga Kerja Perkhidmatan Alam Sekitar (ES) 2021.



Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan See Leng.



Ditanya mengapa beliau memilih untuk menceburi sektor pengurusan sisa, Encik Faizil, 40 tahun berkata beliau sebenarnya diajak oleh abangnya untuk mencuba pekerjaan tersebut.



Mempunyai tanggapannya sendiri mengenai pekerjaan ini, Encik Faizil menjelaskan bahawa mulanya beliau ragu-ragu untuk melakukan pekerjaan ini.



"Seperti juga orang lain, pertama yang saya fikirkan adalah pekerjaan ini mungkin kotor dan tak tahan baunya.



"Selain itu, ia merupakan kerja yang bukan 'normal'... dan sering dipandang rendah oleh ramai orang.



"Tetapi, melihat abang saya melakukan kerja itu, saya dapati sebenarnya ia tidak seburuk apa yang saya fikirkan.



"Oleh itu, saya pun tergerak untuk cuba, lalu menceburi sektor ini," kata beliau sambil menambah bahawa abangnya sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu trak pemadat.



Memandu trak memunggah sampah hampir 10 jam sehari, Encik Faizil turut menguruskan dua pekerja perkhidmatan dan mengendalikan pemunggahan sampah di estet perumahan privet dan juga HDB.



Walaupun memandu trak sampah yang besar sudah menjadi kebiasaan baginya, Encik Faizil menjelaskan beliau kadangkala masih menghadapi cabaran.



"Selain faktor cuaca yang tidak menentu, perkara yang mencabar bagi saya adalah laluan yang kami perlu lewati ke tempat yang berlainan untuk memunggah sampah, terutamanya di estet perumahan privet di mana laluannya agak sempit.



"Jika terdapat kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan menghalang laluan trak kami, kita harus mencari pemilik kenderaan berkenaan untuk mengalihkan kenderaan mereka.



"Sekiranya tidak dapat mencari pemilik kenderaan itu, kami terpaksa melencong untuk mencari laluan alternatif," katanya.



Namun begitu, bapa tiga orang anak itu berkata soal keselamatan merupakan keutamaannya dan beliau sering menasihati rakan pekerja perkhidmatan untuk berhati-hati ketika memunggah sampah.



Di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 di sini, Encik Faizil melahirkan perasaan gembira dapat menyumbang kepada usaha Singapura untuk menjaga keselamatan dan kebersihan.



"Apabila orang awam memberi senyuman, melambai atau mengucapkan terima kasih ketika saya memandu ke estet perumahan mereka, ia mendorong saya untuk terus menawarkan khidmat yang lebih baik.



"Senang kata, gembira apabila orang awam dapat menghargai apa yang kami lakukan setiap hari," jelasnya.



Untuk masa akan datang, Encik Faizil berkata beliau merancang untuk terus meningkatkan kemahirannya agar dinaikkan jawatan menjadi seorang kapten.



Sebagai seorang kapten, beliau akan ditugaskan menyelia 50 kenderaan dan sekitar 100 kakitangan, termasuk memastikan kenderaan itu sentiasa dalam keadaan selamat dan sedia untuk digunakan.



Setiap pekerjanya pula akan dilatih dengan betul serta mengutamakan setiap aspek keselamatan sepanjang menjalankan tugas.




"Apabila orang awam memberi senyuman, melambai atau mengucapkan terima kasih ketika saya memandu ke estet perumahan mereka, ia mendorong saya untuk terus menawarkan khidmat yang lebih baik. Senang kata, gembira apabila orang awam dapat menghargai apa yang kami lakukan setiap hari."
- Encik Mohamad Faizil Mohamad, ketua perkhidmatan di syarikat SembWaste Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >