Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok Covid-19 baru di antara dormitori terbesar S’pura; wanita bekerja di ITE College Central, antara kes dalam masyarakat

Aug 23, 2020 | 12:33 AM



Seorang wanita warga Singapura berusia 56 tahun yang bertugas di ITE College Central adalah di antara dua kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan  (MOH), semalam (22 Ogos).



Dua kes lain telah dikaitkan dengan Sungei Tengah Lodge bagi membentuk satu kelompok baru, menurut kenyataan MOH. 



Sungei Tengah Lodge yang merupakan antara dormitori terbesar di Singapura itu, telah ditutup sebagai satu kelompok pada bulan lalu.



Singapura melaporkan 50 kes jangkitan baru, termasuk lima kes import. 



Menurut MOH, wanita 56 tahun itu yang disahkan positif pada Jumaat lalu telah keluar bekerja selepas mengalami simptom pada Rabu. 



Satu lagi kes jangkitan dalam masyarakat yang juga tidak berkait, merupakan seorang wanita rakyat Singapura berumur 63 tahun, telah diuji selepas dimasukkan ke hospital bagi satu keadaan perubatan lain. 



Sementara itu, MOH berkata pemeriksaan dan ujian sudah selesai dijalankan ke atas semua kakitangan dalam industri bas awam yang bertugas di depoh dan pusat pertukaran. 



Ini merupakan langkah berjaga-jaga selepas beberapa kes Covid-19 dikesan di Hab Pengangkutan Bersepadu Bukit Panjang, tambah MOH. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >