Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok jagaan kesihatan perlu perluas campur tangan dalam masyarakat: Ye Kung

Dilakukan sebagai pengurus kesihatan serantau di bawah strategi SG Lebih Sihat
Sep 27, 2022 | 05:30 AM



KELOMPOK penjagaan kesihatan akan perlu melaksanakan lebih banyak campur tangan kesihatan dalam masyarakat sebagai pengurus kesihatan serantau di bawah strategi SG Lebih Sihat yang akan bermula tahun depan.



Menyatakan demikian semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata sebagai pengurus kesihatan serantau, misi sesebuah kelompok adalah untuk menjaga kesihatan segmen penduduk yang dijaganya.



"Ia melebihi mengendalikan hospital dan poliklinik. Kelompok sudah pun melaksanakan campur tangan kesihatan dalam masyarakat, tetapi peranan ini akan perlu diluaskan dalam tahun-tahun akan datang, daripada sebahagian kecil usaha kelompok kini kepada sebahagian besar pada masa akan datang," kata Encik Ong dalam ucapannya di majlis Anugerah Kecemerlangan Perubatan Nasional ke-14 semalam.



Anugerah tahunan itu mengiktiraf klinisian dan karyawan penjagaan kesihatan yang telah membuat sumbangan cemerlang kepada kemajuan dalam penjagaan kesihatan.



Penerima anugerah tahun ini, terdiri daripada lima individu dan dua pasukan, datang daripada ketiga-tiga kelompok penjagaan kesihatan di Singapura iaitu Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), SingHealth dan National Healthcare Group (NHG).



Encik Ong berkata bagi kelompok penjagaan kesihatan, SG Lebih Sihat membuka skop yang lebih besar untuk kecemerlangan perubatan dan inovasi.



Ini bukan sahaja untuk menyembuhkan penyakit, malah mencegah penyakit dan memastikan penduduk yang sihat melalui pelbagai campur tangan perubatan dan sosial.



"Kita semua tahu bahawa kesihatan bukan hanya tentang doktor dan hospital, tetapi bagaimana kita menjalani kehidupan, tabiat harian kita dan lingkungan sosial kita.



"Kementerian Kesihatan (MOH) perlu bekerjasama dengan kelompok-kelompok kita untuk mengambil perspektif strategik, menyeluruh dan di peringkat sistem untuk meningkatkan kesihatan penduduk," kata Encik Ong.



Ini bermakna mengenal pasti penentu sosial kesihatan, iaitu pelbagai faktor dalam kehidupan yang menjejas kesejahteraan fizikal, emosi dan mental, kata Encik Ong.



Ini boleh termasuk persekitaran hidup fizikal, pendidikan, pekerjaan dan pilihan makanan.



"Kita memerlukan pemahaman yang lebih baik tentang maklumat yang tersedia, untuk menghubungkan data titik penjagaan dengan data kesihatan masyarakat. Kita perlu menggunakan penyelidikan untuk menghubungkan set data dan mendapatkan cerapan tentang campur tangan sosial yang mendorong kesihatan yang lebih baik atau mengatasi kesihatan yang lemah," kata Encik Ong.



MOH dan kelompok kemudian perlu mendampingi dan menyelaraskan usaha pelbagai rakan kongsi masyarakat, untuk membimbing pembangunan kesihatan penduduk dan membentuk laluan ke arah Singapura yang lebih sihat, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >