Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelonggaran makan luar bak sinar harapan yang dinanti

Aug 09, 2021 | 05:30 AM



SEPERTI para peniaga makanan dan minuman (F&B) lain, Encik Haris Ahmad mengalu-alukan pelonggaran sekatan makan di luar dan menyambut baik pengumuman yang membolehkannya melayan pelanggan di restorannya.



Pengarah dan pengasas bersama Kulon itu berkata, seperti pengendali F&B lain, mereka juga sedang mempersiap restoran bagi menerima semula pelanggan yang ingin makan di sana.



Pun begitu, beliau menambah:



"Kami juga faham sesetengah pelanggan mungkin lebih suka beli dan bawa pulang makanan mereka atau tidak dapat makan di restoran disebabkan ruang yang terhad.



"Sebagai sebuah perniagaan, kami sedar bahawa terdapat individu-individu dengan tahap keyakinan yang berbeza dalam situasi (Covid-19) ini dan kami sentiasa melihat bagaimana kami dapat mendekati pelanggan pada tahap keselesaan mereka," kata Encik Haris.



Oleh yang demikian, mereka akan terus menawarkan pilihan pengambilan sendiri di portal khas atau menerusi laman www.kulonsingapore.com yang ditawarkan sejak Jun lalu.



Jumaat lalu, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 mengumumkan lebih banyak kelonggaran terhadap sekatan Covid-19 bermula esok termasuk membenarkan sehingga lima orang yang sudah divaksinasi sepenuhnya makan di luar bersama.



Encik Haris berkata mereka akan memastikan status vaksinasi pelanggan dengan melihat aplikasi TraceTogether setiap individu sebelum mereka dapat menjamu selera di sana.



Beliau tidak menjangkakan sebarang kesulitan melakukan langkah tambahan tersebut kerana "Kulon merupakan perniagaan yang agak kecil jadi mengawal orang ramai masih agak mudah".



Sejak pengumuman pelonggaran sekatan itu dibuat, restoran di Bali Lane yang menjual makanan Indonesia seperti 'bakmi' dan 'nasi ayam geprek' itu sudah pun menerima beberapa pertanyaan, kebanyakannya melalui wadah media sosial, berkenaan makan di sana.



Pelonggaran tersebut memberi sinar harapan kepada peniaga F&B sepertinya, kata Encik Haris.



Ini lebih-lebih lagi kerana tempoh di mana makan di luar tidak dibenarkan telah menjejas perniagaannya, yang dibuka secara rasmi pada Oktober tahun lalu, sebanyak 60 hingga 80 peratus, jelasnya.



"Kes (Covid-19) pun semakin menurun dan lebih ramai orang telah divaksinasi.



"Kami harap inilah sinar harapan setelah segala cabaran yang dilalui," ujar beliau.




"Kami juga faham sesetengah pelanggan mungkin lebih suka beli dan bawa pulang makanan mereka atau tidak dapat makan di restoran disebabkan ruang yang terhad. Sebagai sebuah perniagaan, kami sedar bahawa terdapat individu-individu dengan tahap keyakinan yang berbeza dalam situasi (Covid-19) ini dan kami sentiasa melihat bagaimana kami dapat mendekati pelanggan pada tahap keselesaan mereka."
- Encik Haris Ahmad, Pengarah dan pengasas bersama restoran Kulon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >