Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluaran kilang S’pura susut 10.8% pada Mei, kejatuhan terbesar sejak Nov 2019

Kuncup lapan bulan berturut-turut, lebih mendadak daripada ramalan
Jun 26, 2023 | 06:16 PM



Pengeluaran perkilangan Singapura menguncup buat bulan kelapan berturut-turut pada Mei, dengan kemerosotan tahun ke tahun terbesar dalam tiga setengah tahun, sedang pengeluaran elektronik menjunam.

Ia jatuh 10.8 peratus berbanding setahun lalu – penguncupan dua angka pertama sejak November 2019, apabila ia jatuh 12.3 peratus.

Kemerosotan itu juga lebih mendadak daripada ramalan kejatuhan median 7.3 peratus oleh pakar ekonomi dalam satu tinjauan Bloomberg.


Ini selepas pengeluaran susut 6.5 peratus setelah disemak pada April, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Isnin.

Tidak termasuk perkilangan bioperubatan, pengeluaran Mei jatuh 13 peratus tahun ke tahun.

Berdasarkan pelarasan mengikut musim bulan ke bulan, pengeluaran menyusut 3.9 peratus.

Tidak termasuk perkilangan bioperubatan, ia turun 8 peratus berbanding April.

Kelompok elektronik, yang membentuk 45 peratus daripada sektor perkilangan Singapura yang dipacu eksport, mencatat prestasi paling teruk dalam kalangan kelompok perkilangan.

Pengeluarannya merosot 23 peratus pada Mei berbanding setahun lalu.

Dalam bidang elektronik, segmen semikonduktor menyaksikan pengeluaran menjunam 26.8 peratus.

Ini diikuti oleh segmen peranti komputer dan penyimpanan data, dengan kejatuhan 26.6 peratus, manakala segmen komponen dan modul elektronik lain merosot sebanyak 9.2 peratus.

Semua kelompok perkilangan lain menyaksikan pengeluaran menyusut dari tahun ke tahun, kecuali kejuruteraan pengangkutan dan perkilangan bioperubatan.

Kelompok kejuruteraan jitu menyaksikan pengeluarannya jatuh sebanyak 10.5 peratus tahun ke tahun pada Mei.

Dalam kelompok itu, segmen komponen dan modul jitu menguncup 10 peratus antara lain disebabkan oleh pengeluaran lebih rendah komponen jitu plastik dan logam, penyambung elektronik dan alatan.

Segmen mesin dan sistem merosot 10.1 peratus dengan pengeluaran peralatan semikonduktor serta pemampat penyejukan dan penghawa dingin yang lebih rendah.

Sektor kimia melihat pengeluaran jatuh 9.5 peratus tahun ke tahun pada Mei, manakala perkilangan am menyusut sebanyak 0.3 peratus.

Sebaliknya, sektor kejuruteraan pengangkutan mencatat peningkatan pengeluaran sebanyak 28.4 peratus – satu peningkatan mendadak daripada kenaikan 14.5 peratus pada April.

Pengeluaran perkilangan bioperubatan juga meningkat, naik sebanyak 4.4 peratus tahun ke tahun pada Mei.

Ketua Ekonomi OCBC Bank, Cik Selena Ling, berkata bagi tahun penuh 2023, pengeluaran perindustrian Singapura mungkin susut 3 peratus tahun ke tahun kerana pemulihan elektronik global, terutamanya industri semikonduktor, nampaknya akan tertangguh daripada pada suku ketiga 2023 kepada menjelang akhir 2023 atau awal 2024.

“Ini berpotensi menandakan prestasi tahunan terburuk bagi pengeluaran perindustrian Singapura sejak 2015, yang jatuh 5.1 peratus tahun ke tahun,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >