Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga titipan buka hati, rumah sambut Tahun Baru Cina

Feb 12, 2021 | 02:33 PM



SEDANG Tahun Baru Cina disambut berbeza sedikit tahun ini, masyarakat Cina di sini masih dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil mematuhi langkah pengurusan selamat untuk mengawal penularan Covid-19.



Malah, ada juga akan meluangkan masa bersama keluarga baru mereka.



Ini termasuk Jodie, 11 tahun, yang menyambut Tahun Baru Cina buat kali pertama bersama keluarga titipannya tahun ini.





Berkongsi lukisan Jodie di laman Facebook beliau hari ini (12 Februari), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata ibu bapa titipan kanak-kanak itu menemui bakat seninya dan menggalaknya terus menceburi minat dalam bidang lukisan.



Lukisan Jodie memaparkan warna terang yang melambangkan keluarga bahagia menyambut perayaan itu.



“Jodie merupakan sumber inspirasi bagi kita semua di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



“Kami mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa titipan kerana membuka hati dan rumah mereka kepada kanak-kanak seperti Jodie,” ujar Encik Masagos yang turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >