Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SILAT

Kem latihan silat cungkil bakat baru bagi pasukan nasional

Sep 09, 2022 | 06:52 AM



PERSEKUTUAN Silat Singapura (Persisi) bakal mengadakan kem latihan khas untuk mencari pesilat berpotensi bagi pasukan nasional.



Acara itu, yang digelar "Bootcamp Merekrut Pesilat peringkat Nasional" adalah selama dua hari dan bermula esok di Arena OCBC di Hab Sukan.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Persisi berkata lebih 250 peserta telahmendaftarkan diri bagi kem latihan sehingga pendaftaran ditutup semalam.



Daripada angka itu, ia berharap dapat mengenal pasti sekitar 100 pesilat berpotensi yang boleh menyertai latihan nasional.



Ia telah mengenakan bayaran $20 dan $80 bagi peserta berusia antara empat hingga 35 tahun.



Apabila dihubungi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi Sheik Alau'ddin Yacoob Marican berkata acara itu diadakan buat julung-julung kali sempena musim cuti sekolah seminggu ini dan adalah sebahagian usaha menarik lebih banyak pesilat berpotensi untuk menyertai latihan dengan pasukan nasional.



Ia juga peluang baik untuk menguar-uarkan silat sebagai seni atau sukan yang boleh diceburi, walaupun jika tidak mewakili sebarang perguruan silat.



"Kami ingin menggalakkan lebih ramai orang untuk mengenali pencak silat dan program sebegini boleh menjadi titik permulaan bagi perjalanan mereka yang berminat untuk menjadi seorang atlet silat," kata Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Menambah, Sheik Alau'ddin berkata kem ini adalah sebahagian usaha tahunan merekrut pesilat baru ke pasukan nasional, menambah kepada usaha yang diadakan pada Jun lalu, di mana ia menarik 30 pesilat.



Pesilat yang menyertai kem ini akan diberi bimbingan dan latihan oleh tujuh jurulatih Persisi.



Jurulatih-jurulatih ini juga akan ditugaskan untuk memilih pesilat yang berpotensi.



"Jurulatih kami akan melihat postur, dinamik dalam pergerakan badan serta kemahiran motor para peserta.



"Selain itu, sikap dan komitmen mereka juga penting. Ini adalah asas bagi kami untuk menapis potensi untuk pasukan kebangsaan," kata Sheik Alau'ddin.



Di samping itu, para peserta juga berpeluang berlatih bersama jaguh dunia silat Singapura serta atlet silat dari Sekolah Sukan Singapura.



Ini termasuk juara Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 seperti juara dunia empat kali Sheik Farhan Sheik Alau'ddin; juara dunia seni Muhammad Iqbal Abdul Rahman, dan 'ratu emas' di Sukan SEA Hanoi, Nurul Suhaila Mohd Saiful.



Menurut Persisi, ia berharap kem ini akan dapat menggilap bakat atlet silat baru yang dapat bersaing dan merebut tempat untuk mewakili negara dalam temasya akan datang.



Pasukan silat negara telah menunjukkan prestasi memberangsangkan di arena antarabangsa pada separuh pertama tahun ini, termasuk di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara, Sukan SEA dan Kejohanan Pencak Silat Dunia.



Mereka telah berjaya merangkul 19 pingat emas, 17 perak dan 17 gangsa secara keseluruhan dalam temasya-temasya itu.



Pesilat negara kini sedang membuat persiapan bersaing di Pencak Silat Antarabangsa Terbuka Indonesia, Kejohanan Pencak Silat Asia, Kejohanan Pencak Silat Pantai Dunia di Cebu, Filipina dan Sukan SEA Kemboja tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >