Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan di Lapangan Terbang Changi: 3 individu dihantar ke hospital, 1 terperangkap di tempat duduk pemandu bas

Sep 22, 2021 | 08:39 PM



SEORANG individu terperangkap di tempat duduk pemandu sebuah bas menyusuli satu kemalangan di Lapangan Terbang Changi pada Rabu (22 September).



Sebuah bas SBS Transit kelihatannya telah merempuh tiang landasan Skytrain yang bergerak di atasnya.



Tiga orang - seorang pemandu bas lelaki berusia 59 tahun dan dua penumpang, seorang wanita berusia 34 tahun dan seorang lelaki berusia 42 tahun, masih sedarkan diri apabila mereka dibawa ke Hospital Besar Changi, kata pihak berkuasa.



Kemalangan itu berlaku sekitar 1.05 petang di 65 Airport Boulevard, antara Terminal 3 dengan Terminal 1.



"Seorang individu ditemui terperangkap pada tempat duduk pemandu bas. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyelamatkan lelaki berkenaan dengan menggunakan peralatan menyelamat hidraulik," kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Mengesahkan kemalangan itu, Changi Airport Group berkata: "Tiada perkhidmatan yang beroperasi pada landasan Skytrain yang terjejas dan tiada kesan pada prasarananya."



Siasatan polis kini sedang dijalankan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >