Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian Aloysius Pang: Dua anggota SAF didenda

Nov 19, 2019 | 03:47 PM



DUA anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dituduh terlibat dalam kejadian yang membawa kepada kematian pelakon Aloysius Pang telah didenda setelah mereka mengaku bersalah di mahkamah tentera semalam.



Kedua-dua lelaki itu - Pakar Tentera 2 (ME2) Ivan Teo Gee Siang, 35 tahun; dan anggota perkhidmatan negara (NS) Sarjan Ketiga (3SG) Hubert Wah Yun Teng, 31 tahun - berada di dalam kabin meriam Howitzer pada masa kejadian tersebut.



Wah didenda $8,000 dan jika dia tidak membayar jumlah tersebut, dia akan ditahan selama 40 hari.



Dia juga telah diturunkan pangkat dari 3SG ke Korporal.



Sementara itu, Teo telah didenda $7,000 dan jika dia tidak membayar jumlah tersebut, dia akan ditahan selama 35 hari.



Tuduhan telah dibacakan kepada mereka semalam di Pusat Mahkamah Tentera SAF di Kem Kranji II.



Teo, teknisyen sepenuh masa dengan SAF, dan Wah, komander meriam, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila tuduhan mereka dibacakan, lapor akhbar The Straits Times.



Teo dikenakan tiga tuduhan termasuk satu tuduhan tidak mematuhi perintah umum di bawah Akta SAF dan dua tuduhan perbuatan cuai yang memudaratkan nyawa di bawah Akta SAF.



Wah dikenakan dua tuduhan termasuk satu tuduhan menyebabkan kematian dengan perbuatan cuai di bawah Kanun Keseksaan dan satu tuduhan perbuatan cuai yang memudaratkan nyawa di bawah Akta SAF.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >