Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian terbaru tempat kerja libatkan pekerja India, warga emas

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



SEORANG warga India yang terjatuh ke dalam laut dekat Pulau Jurong semasa bekerja dan seorang warga emas Singapura yang terjatuh dari tempat tinggi semasa melakukan kerja pembersihan merupakan antara kejadian terkini melibatkan pekerja yang terkorban di tempat kerja tahun ini.



Tahun ini juga mencatat jumlah rekod kematian di tempat kerja.



Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, dua kejadian itu berlaku selang sehari.



Warga India berusia 41 tahun itu sedang menjalankan kerja perancah di Singapore Refining Company di Merlimau Road sekitar 11 pagi pada 25 November lalu apabila beliau terjatuh ke dalam laut dekat Pulau Jurong. Mayatnya ditemui pada hari yang sama.



MOM berkata ia sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada majikannya, Plant General Services, agar menghentikan semua operasi kerja perancah di jeti.



Tambahnya, mereka yang bekerja dekat laut atau kawasan air yang besar perlu mengikut langkah perlindungan yang baik selain pelan respons dalam keadaan kecemasan.



Dalam satu lagi kejadian yang berlaku pada 26 November lalu, seorang warga Singapura berusia 69 tahun sedang menjalankan kerja pembersihan di sebuah unit kosong di kondominium Hilltops di Cairnhill Circle sekitar 6 petang apabila beliau terjatuh dari tempat yang tinggi.



Warga emas itu sedang membersihkan bahagian luar tingkap apabila beliau terjatuh dari tempat setinggi 9 meter.



Pekerja yang berkhidmat dengan Home Cleanz Cleaning and Laundry Services itu tidak memakai peralatan perlindungan peribadi untuk melindunginya daripada terjatuh.



Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



MOM, yang sedang menyiasat kejadian itu, telah mengarahkan majikannya supaya menghentikan semua kerja dari tempat yang tinggi.



Sebagai langkah keselamatan, MOM berkata kerja membersihkan tingkap harus dijalankan dari sebuah bilik atau tempat yang tidak melibatkan risiko jatuh.



Sekiranya tidak boleh, MOM berkata pekerja pembersihan harus dilindungi peralatan sewajarnya.



Terdapat 42 kematian di tempat kerja yang dicatat sejauh ini tahun ini, jumlah tertinggi sejak empat tahun lalu.



Tahun lalu, sebanyak 37 kematian berlaku di tempat kerja manakala 30 kematian dicatatkan pada 2020 dan 39 kematian pada 2019.



Sejak 1 September lalu, MOM juga telah memperkenal tempoh keselamatan dipertingkat selama enam bulan menyusuli peningkatan kematian dan kecederaan berkaitan tempat kerja.



Sepanjang tempoh itu, syarikat yang dikenakan langkah itu boleh dilarang daripada mengambil pekerja asing sekiranya kesalahan keselamatan yang serius ditemui menyusuli satu kemalangan di tempat kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >