Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemenangan ‘sokongan kukuh’ daripada warga S’pura: Tharman

Sep 02, 2023 | 12:47 AM



Kemenangan Encik Tharman Shanmugaratnam dalam Pilihan Raya Presiden 2023 menunjukkan bagaimana visi masa depan Singapura yang diperjuangkannya “mendapat sokongan kukuh dari warga Singapura”.

Berkata demikian semasa ditemui pihak media selepas hasil kiraan sampel didedahkan sekitar 11 malam Jumaat, bakal presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam berkata jumlah undian yang diterima itu memaparkan keyakinan warga Singapura terhadap masa depan mereka.

Encik Tharman, 66 tahun, disahkan sebagai Presiden kesembilan Singapura selepas memenangi Pilihan Raya Presiden 2023 dengan 70.4 peratus undian.

Ini disusuli mantan ketua pegawai pelaburan syarikat pelaburan negara GIC, Encik Ng Kok Song, yang telah menerima 15.72 peratus undian sementara mantan ketua eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, menerima undian paling rendah iaitu sebanyak 13.8 peratus. 

Menyampaikan penghargaannya kepada kededua calon lain serta warga Singapura, Encik Tharman berkata beliau berasa rendah hati dengan sokongan kukuh yang diberikan warga Singapura terhadapnya.

“Saya percaya undian yang diterima dari warga Singapura terhadap diri saya serta apa yang saya perjuangkan merupakan undian keyakinan terhadap Singapura.

“Ia merupakan undian yang optimistik bahawa kita mampu maju bersama,” katanya, yang disertai isterinya, Cik Jane Yumiko Ittogi, semasa ditemui pihak media di Pusat Penjaja Taman Jurong pada Jumaat.

Beliau turut menyentuh tentang masa depan Singapura yang ingin dibentuk– di mana orang ramai memiliki rasa hormat terhadap satu sama lain dan di mana setiap generasi berasa yakin bahawa negara ini mampu membantu mereka pada masa depan.

“Ini merupakan masa depan di mana Singapura tidak akan dilihat sebagai negara kecil, di mana kita diambil serius oleh dunia dan dilihat sebagai rakan kongsi pilihan dan di mana kita mampu mengeluarkan suara kita di peringkat antarabangsa,” kata Encik Tharman.

Tambahnya, beliau akan menghormati kepercayaan yang telah diletakkan warga Singapura terhadapnya dan turut menghormati setiap pandangan, termasuk yang dimiliki mereka yang tidak mengundi beliau.

Undian yang diterima Encik Tharman mencerminkan pengundi Singapura yang “rasional” dan mempertimbangkan nilai calon serta apa yang dapat ditawarkan terhadap jawatan Presiden dipilih itu, menurut pengamat yang diundang Berita Harian (BH) bagi satu sesi perbincangan ‘live’ di Facebook bersama Timbalan Editor Berita BH, Nur Adilah Mahbob dan wartawan, Natasha Mustafa.


Timbalan Ketua Jabatan Sains Politik, Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Madya Bilveer Singh dan Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, menambah, ia turut mencerminkan mandat kukuh yang diberi penduduk dengan lebih dua pertiga undian yang diterima Encik Tharman.

Menurut Dr Norshahril, ia juga menunjukkan “rakyat tahu apa tugas sebenar Presiden”.

“Sepanjang kempen kita dengar ada yang melihat jawatan Presiden ini sebagai memainkan peranan ‘semak dan imbang’, namun ini semua tidak lagi relevan dengan kemenangan besar yang dicatatkan Encik Tharman.

“Rakyat tahu apa tugas sebenar Presiden.

“Rakyat Singapura melihat seorang calon berdasarkan kebolehan mereka, yang sesuai dengan jawatan Presiden, maka mereka tahu tugas Presiden bukan dari segi politik tetapi dari segi peranan mengawal rizab dan sebagainya,” ujarnya.

Tambahnya, antara “nilai” utama yang dipaparkan Encik Tharman adalah beliau bukan hanya dikenali di peringkat nasional tetapi juga di pentas dunia.

“Justeru beliau dilihat sebagai simbol yang boleh memperjuangkan Singapura di arena antarabangsa,” ujar Dr Norshahril.

Penekanannya tentang masa depan Singapura turut menarik perhatian, kata Dr Bilveer.

“Kemenangan Encik Tharman ini konsisten dengan sokongan yang diterimanya selama ini dalam bidang politik.

“Ia juga menunjukkan kejayaannya sebagai seorang pemimpin, dan bahawa pengundi menilainya dari segi keupayaan dan juga apa yang telah dicapainya selama ini, serta bagaimana beliau dapat menjamin masa depan Singapura,” katanya.

Semasa berkempen sebelum ini, Encik Tharman sering menekankan pengalamannya di dalam dan luar negara yang boleh membantu meningkatkan lagi nama Singapura seandainya beliau dipilih sebagai Presiden. 

Mantan Menteri Kanan yang pernah menjadi Menteri Kewangan itu berkata beliau cukup faham sistem rizab negara.

Beliau juga pernah menyandang jawatan penting dalam badan antarabangsa seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Encik Tharman juga sering menekankan kebebasan pemikirannya dan keinginannya membangunkan budaya saling menghormati – tema kempennya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >