Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman menang besar Pilihan Raya Presiden

70.4 peratus pengundi pilih Tharman; Kok Song akur tewas; Kin Lian ucap tahniah
Sep 02, 2023 | 12:21 AM



Rakyat Singapura telah memilih Encik Tharman Shanmugaratnam sebagai presiden kesembilan, dengan 70.40 peratus pengundi memberi beliau mandat itu.

Mantan menteri kanan berusia 66 tahun itu menerima paling banyak undi dalam persaingan tiga penjuru melibatkan mantan ketua pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian.

Encik Ng mendapat 15.72 peratus undi sementara Encik Tan meraih 13.88 peratus undi.

Kemenangan besar lebih dua pertiga undi kepada Encik Tharman itu sekali gus mencerminkan sokongan kuat kepada beliau yang telah berkempen atas dasar memupuk sikap saling menghormati bagi semua rakyat pada Pilihan Raya Presiden ini.

Bercakap kepada media di Pusat Penjaja Taman Jurong di mana penyokongnya berhimpun, Encik Tharman berkata beliau amat berendah hati kerana diberikan sokongan kuat oleh warga Singapura.

“Saya percaya undi bagi saya dan pendirian saya ialah suatu undi yang menunjukkan keyakinan ke atas Singapura. Ia adalah undi yang menunjukkan sikap optimis, yang kita boleh maju bersama,” kata Encik Tharman, yang turut mengucapkan terima kasih kepada warga Singapura kerana mengikuti isu-isu dengan rapat dan bersikap tenang sepanjang tempoh pilihan raya.

Encik Tharman juga memberitahu media bahawa beliau telah cuba menghubungi Encik Tan menerusi telefon, tetapi tidak berjaya. Namun beliau sempat bercakap dengan Encik Ng.

“Saya memuji sikap Encik Ng dan akan berkata yang sama kepada Encik Tan, kerana penyertaan aktif mereka dalam pilihan raya ini dan perspektif yang mereka ketengahkan,” ujar Encik Tharman.

Bercakap kepada media, Encik Ng pula berkata beliau mengaku kalah kepada Encik Tharman apabila kededua calon itu bercakap di telefon.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangan amat hebat,” ujar Encik Ng.

“Semasa saya tampilkan diri untuk bertanding bagi jawatan Presiden, saya berkata matlamat nombor satu saya adalah untuk memastikan rakyat Singapura mempunyai peluang untuk mengundi dalam pilihan raya presiden. Saya rasa saya telah mencapai matlamat itu kerana pilihan raya berlangsung pada hari ini (Jumaat).

“Saya amat gembira untuk beliau dan saya senang hati kerana beliau telah meraih mandat daripada rakyat.”

Bercakap kepada media dari rumahnya pula, Encik Tan, yang mendapat peratusan undi paling rendah mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman.

“Saya menjangka menunjukkan prestasi lebih baik, tetapi dalam pilihan raya, keadaan memang tidak menentu.”

Lebih 2.4 juta, daripada 2.7 juta yang layak mengundi, telah mengundi pada pilihan raya presiden pada Jumaat, menurut ELD. Sekitar 50,000 undi rosak pula telah dicatatkan.   

Jumlah itu lebih tinggi daripada jumlah pengundi yang membuang undi pada 2011, kali terakhir Pilihan Raya Presiden yang ditandingi diadakan.

Pada tahun berkenaan, 2,156,389 pengundi membuang undi, atau 94.8 peratus daripada jumlah pengundi layak keseluruhan.

Pilihan Raya Presiden 2017 pula adalah pilihan raya pertama yang diperuntuk bagi masyarakat Melayu, dan dimenangi Presiden Halimah Yacob tanpa bertanding. 

Hari Mengundi pada Jumaat bermula dengan sedikit kegenjotan teknikal di sebahagian daripada 1,264 pusat mengundi di serata negara apabila ia dibuka pada 8 pagi

Namun, masalah teknikal yang membelenggu sistem pendaftaran elektronik itu berjaya dihuraikan secara berperingkat dan keadaan orang ramai yang beratur berpanjangan mula reda sekitar sejam selepas itu, kata ELD dalam kenyataannya. 

Buat kali pertama, rakyat dibenar menggunakan versi elektronik kad pengenalan dan Kad Mengundi yang boleh diakses melalui aplikasi SingPass untuk mendaftar di pusat mengundi. 

Encik Tharman telah berkempen dengan menekankan perjuangannya untuk memperkukuh sikap saling hormat antara rakyat, termasuk mereka yang berpegang pada pandangan dan mempunyai kecenderungan politik yang berbeza.

Beliau juga berkata pengalamannya dalam politik dan sebagai menteri adalah satu kelebihan baginya jika beliau menjadi Presiden. 

Ini termasuk menggalak kepentingan Singapura menggunakan pengalamannya dalam pemerintah dan kedudukannya di peringkat antarabangsa. 

Beliau telah berkecimpung dalam politik selama 22 tahun dan ia bermula pada 2001 apabila beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2001 sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Jurong yang baru ditubuhkan pada ketika itu.

Encik Tharman pernah berkhidmat sebagai Menteri Kanan dari Mei 2019 dan telah menggalas jawatan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dari 2011, sebelum mengundur diri pada Julai 2023 untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023. 

Menjawab soalan berhubung peranan Presiden sebagai penjaga rizab lalu dalam forum presiden di CNA pada 28 Ogos, Encik Tharman berkata rizab harus digunakan dengan bijaksana, bukan saja untuk membantu rakyat dan perniagaan, malah membina kekuatan dalam krisis supaya boleh bangkit lebih kuat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >