Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemenangan Tharman cerminkan tahap kepercayaan rakyat: Zaqy

Sep 02, 2023 | 04:12 PM



Kemenangan Encik Tharman Shanmugaratnam pada Pilihan Raya Presiden 2023 ini menunjukkan bahawa rakyat Singapura inginkan seorang Presiden yang bukan hanya dapat menyatukan rakyat malah juga mewakili mereka di peringkat setempat dan antarabangsa, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.

Dalam pada masa yang sama, beliau menambah ia juga mencerminkan tahap kepercayaan rakyat negara ini dalam memilih seorang calon dari masyarakat minoriti.

Dalam Pilihan Raya Presiden pada Jumaat (1 September), Encik Tharman, 66 tahun, memperoleh 70.4 peratus undi manakala pesaing beliau, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian, kedua-duanya berusia 75 tahun, masing-masing menerima 15.72 peratus dan 13.88 peratus.

Encik Zaqy yang menyifatkannya sebagai satu kemenangan besar berkata: “Ia satu kemenangan yang baik..dan saya rasa rakyat Singapura inginkan seorang presiden yang boleh menyatukan rakyat dan mempunyai prestasi yang cemerlang untuk mewakili negara ini di dalam dan juga luar negara.

“Kita dapat melihat perkembangan Singapura hari ini di mana seorang presiden dari kaum minoriti dipilih oleh rakyat ketika pilihan raya Presiden kali ini. 

“Kita telah melihat bagaimana rakyat Singapura telah memilih seorang Presiden yang berprestasi dan mampu membawa Singapura ke hadapan sebagai seorang Presiden,” katanya.

Encik Zaqy yang juga merupakan Penasihat GRO GRC Marsiling-Yew Tee, hadir di Pusat Penjaja Marsiling Mall sekitar 10.15 pagi, bersama-sama para pemimpin akar umbi serta penduduk telah berkumpul di pusat penjaja itu bagi menyambut ketibaan bakal Presiden Singapura itu dan isterinya, Cik Jane Ittogi. 

Setibanya mereka di situ sekitar 10.20 pagi, Encik Tharman menerima sorakan serta tepukan gemuruh daripada penyokong beliau.

Selain Pusat Penjaja Marsiling Mall, Encik Tharman bersama rombongannya juga telah mengunjungi  Pusat Penjaja Taman Jurong, Our Tampines Hub (OTH) serta Toa Payoh Hub sebagai sebahagian daripada lawatannya di sekitar Singapura bagi mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sokongan terhadap beliau.

Encik Tharman dan isteri juga sempat beramah mesra dan bergambar dengan mereka yang hadir.

Melahirkan harapan beliau, Encik Zaqy berkata Encik Tharman akan dapat meneruskan usaha menyatukan Singapura sebagai satu masyarakat dan pada masa yang sama menjadi penjaga kepada rizab negara. 

“Dengan ini saya berharap rakyat Singapura dapat terus beri sokongan kepada presiden terpilih kita dan sama-sama membantu beliau dalam menjalankan tugasnya ini dengan baik,” ujarnya lagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >