Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nanas percuma rai kemenangan Tharman ceriakan pagi penduduk

Sep 02, 2023 | 10:22 AM



Sekitar lapan jam selepas kemenangan Encik Tharman Shanmugaratnam bagi pilihan raya presiden 2023 diumumkan, Pusat Penjaja Taman Jurong sudah sibuk dan riuh dengan penyokong-penyokong beliau yang tidak sabar menanti ketibaannya.

Sebagai tanda meraikan kemenangan besar beliau ke atas dua calon lain, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian, berbakul nanas diagihkan secara percuma kepada penduduk Taman Jurong yang berkunjung ke Pusat Penjaja Taman Jurong pada pagi Sabtu.

Encik Tharman, 66 tahun, telah memulakan kegiatan beramah mesra bersama penduduk di Pusat Penjaja Taman Jurong sekitar 9 pagi, tempat yang turut menghimpunkan penyokongnya yang membanjiri kawasan itu malam sebelumnya sambil menunggu keputusan pilihan raya.

Bakal presiden itu dan isterinya, Cik Jane Ittogi, kemudian mengunjungi Pusat Penjaja Marsiling Mall pada sebelah pagi, sebelum ke Toa Payoh Hub pada waktu tengah hari untuk bertemu dengan rakyat Singapura.

Encik Tharman telah mengaup jumlah undi yang amat besar pada 70.4%, lantas mendapat mandat kukuh rakyat untuk menjadi presiden ke-9 Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >