Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen bagi penjaga dapat sokongan

May 21, 2023 | 05:30 AM



PARA penjaga harus diberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan bantuan di samping mengingatkan diri bahawa mereka juga perlu menjaga diri sendiri.



Ini kerana mereka menghadapi tekanan dan cabaran harian menjaga orang tersayang, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang) Cik Rahayu Mahzam.



Beliau berkata demikian semasa pelancaran kempen Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) 'We See You Care' pada Sabtu dalam usaha membantu meningkatkan kesedaran ramai tentang pelbagai sokongan untuk penjaga.



Penjaga memainkan peranan penting dalam menjaga insan yang disayangi dan ini boleh menyebabkan mereka mengabaikan diri sendiri.



Dengan memberi tumpuan kepada orang yang mereka jaga, mereka mungkin menghadapi risiko keletihan.



"Ramai daripada mereka tidak menganggap diri mereka sebagai penjaga.



"Mereka melihat peranan mereka semata-mata untuk taat dan mempunyai sedikit kesedaran tentang keperluan untuk dilengkapi dan disokong semasa melalui perjalanan penjagaan," kata Pengerusi AIC, Dr Gerard Ee.



Menurut Cik Rahayu, penjaga sentiasa boleh dikira sebagai sumber sokongan melalui masa terbaik dan terburuk tetapi penjaga juga memerlukan penjagaan.



"Ada yang rasa bahagia mereka dapat memenuhi keperluan orang yang mereka sayangi sepenuhnya. Namun, ada pula yang mungkin berasa bimbang orang lain tidak mengetahui keperluan orang yang mereka sayangi dengan baik dan tidak mendapatkan bantuan," kata Cik Rahayu.



"Oleh itu MOH (Kementerian Kesihatan) juga menyokong kepentingan penjagaan diri dan sokongan bagi penjaga seperti AIC untuk mengaktifkan pasukan jangkauan masyarakat penjaga untuk menjalankan kegiatan kesihatan dan kesejahteraan atau berkongsi tentang pengurusan tekanan dengan penjaga," tambahnya.



Sebagai sebahagian daripada pelancaran kempen itu, AIC juga telah mewujudkan saluran khusus untuk maklumat penjagaan dan sumber di laman web mereka.



Laman web itu menyatukan sumber pelbagai jenis keperluan penjagaan seperti demensia, keadaan kesihatan mental, kurang upaya fizikal dan paliatif.



Maklumat lain juga termasuk bantuan kewangan dan geran bagi penjaga demi membiayai kos serta jenis khidmat benefisiari berbeza, seperti penjagaan di rumah, penjagaan berasaskan pusat dan penjagaan perubatan.



Penjaga juga boleh mendapat sokongan bagi diri mereka seperti kumpulan sokongan, penjagaan rehat dan petua penjagaan diri.



"Apabila penduduk Singapura meningkat usia, lebih ramai daripada kita akan menjadi penjaga kepada orang tua tersayang, malah sesetengah daripada kita mungkin perlu mengimbangi pelbagai peranan pengasuh.



"Justeru, penting bagi penjaga mengiktiraf peranan penjagaan yang mereka lakukan, dan mengetahui terdapat bantuan yang tersedia untuk mereka, terutamanya apabila mereka mengalami tanda dan gejala tekanan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIC, Encik Tan Kwang Cheak, yang berfungsi sebagai hab untuk khidmat penjagaan dan sumber.



Pada November, AIC akan bekerjasama dengan CaringSG, Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan dan SG Enable untuk mengadakan persidangan pengasuhan dan tiga karnival serantau demi masyarakat menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada penjaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >