Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen baru MSF tingkat kesedaran masyarakat tentang keganasan keluarga

Kempen bezakan bentuk penderaan, termasuk dari segi psikologi, emosi, dan juga seksual yang sukar dikenal pasti
Nov 12, 2021 | 05:30 AM



KEMPEN baru yang diusahakan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) demi mempertingkat kesedaran masyarakat tentang keganasan keluarga akan membezakan jenis penderaan berbeza, termasuk penderaan psikologi, emosi, dan juga seksual yang sukar untuk dikenal pasti.



Dalam pada itu, kempen tersebut juga memperkenalkan cara ringkas bagi mangsa penderaan untuk meminta bantuan melalui isyarat tangan, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Isyarat tangan tersebut, yang dilakukan dengan menunjukkan tapak tangan dengan ibu jari yang dilipat dan kemudian melipat empat jari lain, diterapkan dalam logo baru kempen 'Break the Silence' atau BTS.



Baru-baru ini, isyarat tersebut telah membantu seorang remaja mangsa penderaan seksual untuk mendapatkan bantuan di Amerika Syarikat, kata Cik Sun.



"Mereka yang menghadapi keganasan keluarga boleh menggunakan isyarat ini untuk meminta bantuan.



"Ini penting terutama sekali bagi mangsa penderaan seksual golongan muda, di mana penderaan tersebut biasanya berlaku secara rahsia dan mereka tidak dapat mengutarakan apa yang telah berlaku kepada diri mereka dan berasa tertekan untuk menyembunyikan penderaan itu," kata Cik Sun semasa menyampaikan ucapan penutup tirai bagi acara simposium anjuran Casa Raudha semalam.



Tambah Cik Sun, mereka yang melihat isyarat tersebut boleh memberikan respons dengan bertanyakan soalan yang hanya memerlukan jawapan ringkas seperti 'ya' atau 'tidak' dan cuba untuk berkomunikasi dengan mangsa melalui pelbagai cara termasuk teks, untuk mengurangkan risiko diketahui oleh si pelaku atau pendera.



"Apabila gambaran yang lebih jelas telah diperolehi, individu tersebut boleh menghubungi Talian Bantuan Anti-Keganasan Nasional untuk membuat laporan," kata Cik Sun.



Pelancaran logo itu serta kempen yang dipertingkat itu selaras dengan komitmen pemerintah untuk menerapkan saranan Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga untuk menumpukan terhadap beberapa aspek termasuk sokongan dan perlindungan yang lebih baik untuk mangsa keganasan serta untuk mempertingkat kesedaran masyarakat tentang isu keganasan keluarga.



"Keganasan keluarga ini bukan sesuatu yang boleh kita terima, dan usaha menanganinya amat kompleks dan memerlukan usaha seluruh masyarakat," ujar Cik Sun.



Simposium tersebut menumpukan terhadap topik 'Mengakhiri Kitaran Penderaan: Perjalanan Anak-Anak Kita' dan bertujuan memulakan perbincangan tentang penderaan kanak-kanak dan huraiannya.



Selain Cik Sun, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim turut menghadiri simposium tersebut.



Tahun lalu, Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak MSF menerima lebih 5,200 pertanyaan dan telah melakukan lebih 1,300 siasatan, peningkatan sebanyak 36 dan 20 peratus masing-masing berbanding 2019.




“Mereka yang menghadapi keganasan keluarga boleh menggunakan isyarat ini untuk meminta bantuan. Ini penting terutama sekali bagi mangsa penderaan seksual golongan muda, di mana penderaan tersebut biasanya berlaku secara rahsia dan mereka tidak dapat mengutarakan apa yang telah berlaku kepada diri mereka dan berasa tertekan untuk menyembunyikan penderaan itu.”
– Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >