Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen 'Kita Dah Cukup Manis' sempena Ramadan, Syawal

Usaha berterusan pemerintah perangi penyakit kencing manis
May 19, 2018 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu sememangnya 'sudah cukup manis', maka itu mereka tidak perlu makan terlalu banyak makanan manis.



Berlandaskan semangat sedemikian, satu inisiatif yang diberi nama 'Kita Dah Cukup Manis' sedang berlangsung sepanjang Ramadan dan Syawal ini.



Inisiatif dengan pendekatan tiga serampang itu, yang diumumkan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Encik Amrin Amin, kelmarin diambil bagi menggalak masyarakat itu memantau dan mengawal tahap kesihatan dan gula mereka sepanjang Ramadan ini.



Ini termasuk bekerjasama dengan masjid, kelab masyarakat (CC) dan selebriti tempatan; mengagih habuan lebih sihat kepada penerima bantuan Tabung Amal Aidilfitri (TAA); dan usaha mengurangkan jumlah perokok.



"Kempen ini mengingatkan kita agar kurangkan gula dan memperkenal cara-cara memasak secara sihat menerusi selebriti setempat.



"Contohnya air katira juga boleh disediakan secara lebih sihat," katanya.



Dalam menyebarkan inisiatif tersebut, Encik Amrin berkata pihaknya akan bekerjasama dengan 60 masjid, CC dan qaryah, selain ceramah menjaga kesihatan sebelum solat Jumaat.



Ini merupakan sebahagian usaha pemerintah untuk memerangi penyakit kencing manis, kata beliau.



"Kedua, kami akan bekerjasama dengan TAA dengan mendekati lebih 3,000 penerima habuan, di mana kami akan adakan iftar sihat selain mengagih habuan sihat.



"Mesejnya ialah menjaga kesihatan perlu diberi perhatian oleh semua golongan.



"Ketiga, kami akan rancakkan lagi usaha menggalak masyarakat kita berhenti merokok. Kadar perokok masyarakat kita agak tinggi - satu daripada empat yang merokok," katanya.



Dianggar sekitar 120 kakitangan jagaan kesihatan Hospital Besar Singapura (SGH) menghadiri acara iftar itu yang diadakan di bangunan Academia @ SingHealth di College Road itu, kelmarin.



Sajian set bento lebih sihat telah disajikan kepada hadirin di majlis tersebut.



Encik Amrin menekankan bahawa menjaga kesihatan itu satu ajaran agama dan harus dihayati.



"Kerana kalau sakit-sakit, bagaimana hendak berpuasa? Jadi haruslah kita menjaga kesihatan supaya kita dapat memelihara atau menghargai sebenar-benarnya anugerah Tuhan iaitu kesihatan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >