Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemudahan derma bagi keluarga susah di stesen MRT, pusat tukaran bas

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



LEBIH mudah menderma kepada keluarga berpendapatan rendah sekarang - di stesen kereta api SMRT dan pusat tukaran bas terpilih.



Inisiatif Cabaran Presiden 'Tap for Hope' 2022 anjuran SMRT Corporation Ltd dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) itu dilancarkan semalam oleh tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat.



Bagi melancarkan inisiatif itu, Encik Chee, yang juga Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, menyentuhkan kad Ez-link beliau untuk menderma di Stesen MRT Bishan.



Inisiatif itu bertujuan menyokong keluarga berpendapatan rendah yang terjejas teruk oleh kesan pandemik Covid-19 dengan mempermudah penumpang menderma dengan memanfaatkan kemudahan perjalanan dalam pengangkutan awam SMRT.



Demikian menurut satu kenyataan SMRT.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SMRT Corporation, Encik Ngien Hoon Ping, berkata: "Sebagai pengelola ruang pengangkutan awam kita, kami gembira dapat meneruskan perkongsian kami bersama Cabaran Presiden.



"Tahun ini, kami menggalak penumpang menghulurkan derma mereka di tempat menderma 'Tap for Hope' yang terdapat di stesen MRT dan pusat tukaran bas terpilih bagi membantu keluarga berpendapatan rendah di Singapura."



Dari semalam hingga 31 Disember 2022, penumpang yang mempunyai kad Ez-link boleh menyumbang $2 di tempat menderma yang direka khas dan terletak di 10 stesen kereta api dan pusat tukaran bas kendalian SMRT.



Stesen MRT itu ialah Bishan (Laluan Circle); Bugis (Laluan Timur-Barat); City Hall (Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat); HarbourFront (Laluan Circle); Jurong East (Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat), Paya Lebar (Laluan Circle), Serangoon (Laluan Circle), dan Woodlands (Laluan Utara-Selatan).



Pusat tukaran bas itu ialah Pusat Tukaran Bas Choa Chu Kang dan Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >