Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemudahan penjagaan masyarakat baru akan disediakan bagi pesakit Covid-19

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



SATU kemudahan penjagaan masyarakat (CCF) baru akan disediakan bagi pesakit Covid-19 yang secara umumnya sihat namun menghidap beberapa gejala kesihatan sebelum ini yang memerlukan pemantauan yang lebih teliti.



Di kemudahan yang dipertingkat itu, para pesakit akan menerima "penjagaan kesihatan yang lebih komprehensif" yang akan dapat mengesan tanda-tanda awal sekiranya keadaan kesihatan mereka menjadi semakin teruk, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Langkah ini, yang diumumkan sedang Singapura melaporkan 1,012 kes baru kelmarin, disediakan bagi tujuan memperluas kapasiti hospital, agar mereka yang memerlukan penjagaan kesihatan yang khusus sahaja - seperti rawatan susulan oksigen atau penjagaan rapi - akan diberikan tempat di hospital, lapor akhbar The New Paper.



Pesakit yang menerima penjagaan di kemudahan CCF yang dipertingkat itu termasuk warga emas yang mempunyai kesihatan stabil dan menghidap simptom ringan, namun menghidap penyakit kronik seperti jenis-jenis sakit berkait jantung, otak atau pernafasan.



CCF dipertingkat pertama yang disediakan akan diletak di Rumah Penjagaan Kesihatan NTUC di Tampines. Ia akan menawarkan sebanyak 250 katil dan akan mula beroperasi lusa.



Beberapa CCF seperti Connect @Changi di Singapore Expo juga akan mempunyai beberapa katil yang dipertingkat.



Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung berkata kelmarin bahawa walaupun kapasiti penjagaan rapi di Singapura masih cukup, jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) dan wad-wad biasa, "akan menghadapi tekanan."



"Hospital dan pekerja kesihatan kita tidak boleh dibebankan secara berlebihan," kata beliau dalam satu catatan di Facebook sambil menambah sebabnya penduduk yang lebih muda dan sudah divaksinasi sepenuhnya digalak menjalani pemulihan di rumah.



Kenyataan beliau itu dimuatnaikkan sehari selepas MOH berkata beberapa hospital umum menyaksikan kenaikan mendadak dari jumlah pesakit yang digegas ke A&E dengan menghidap simptom jangkitan pernafasan yang ringan.



MOH menggesa mereka yang menghidap simptom ringan supaya mengelakkan daripada mendapatkan rawatan di hospital.



Sebaiknya mereka pergi mendapatkan rawatan daripada doktor umum swasta (GP) di klinik Uji Swab dan Hantar Ke Rumah (Sash), agar penjagaan hospital diperuntuk hanya bagi mereka yang memerlukan rawatan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >