Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemungkinan ubah had pengeluaran $5,000 wang CPF tidak diketepi

Sep 20, 2023 | 02:54 PM



Pemerintah tidak menolak kemungkinan meneliti semula had pengeluaran wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) para pencarum yang layak apabila mereka mencapai usia 55 tahun, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Namun, beliau mengingatkan di Parlimen bahawa jumlah pengeluaran wang lebih tinggi akan mengurangkan bayaran CPF bagi individu berkenaan, lapor The Straits Times.


 “Kami sentiasa meneliti dan menyemak dasar ini dan melihat konteks lebih luas bagi simpanan ini... peratusan mereka (yang mencapai Jumlah Persaraan Asas (BRS),” kata Dr Tan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, yang bertanya sama ada had pengeluaran $5,000 itu boleh dinaikkan seiring dengan inflasi, bagi membantu warga Singapura bergaji rendah dengan memiliki simpanan CPF lebih rendah, yang mungkin mahu menggunakan wang CPF untuk memenuhi aspirasi mereka.

Encik Leong, Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura (PSP), berkata bantuan kewangan di bawah Pakej Majulah akan meningkatkan baki Akaun Persaraan warga Singapura bergaji rendah dan ini mungkin membolehkan had pengeluaran wang CPF dinaikkan.

Pakej Majulah, yang diumumkan semasa Rapat Hari Kebangsaan pada Ogos, termasuk tokokan kepada akaun CPF warga Singapura berusia 50 dan ke atas pada 2023, yang bergaji rendah dan pertengahan, seperti bonus tahunan CPF sehingga $1000, selagi mereka masih bekerja.

Buat masa ini, sebaik sahaja anggota CPF mengetepikan Jumlah Persaraan Penuh (FRS), iaitu $198,800 bagi mereka mencapai usia 55 tahun pada 2023, mereka boleh mengeluarkan jumlah simpanan dalam Akaun Biasa dan Akaun Khas mereka yang melebihi jumlah itu.

Mereka yang memiliki hartanah dengan baki pajakan yang boleh didiami sehingga usia 95 tahun, boleh juga mengeluarkan simpanan melebihi Jumlah Persaraan Asas, iaitu $99,400 bagi mereka yang berusia 55 tahun pada 2023.

Mereka yang lahir pada 1958 atas selepas itu, yang tidak dapat memenuhi jumlah itu, masih boleh mengeluarkan sehingga $5,000 mulai usia 55 tahun.

Dr Tan berkata sistem CPF menawarkan “(wang yang) mencukupi untuk ketenangan fikiran selepas bersara” pada jangka panjang.

Usaha menentukan had pengeluaran memerlukan keseimbangan yang bijak antara memberi bantuan segera kepada anggota CPF berusia 55 tahun, dengan memberi mereka bayaran CPF untuk jangka panjang, jelas beliau.

Sebahagian simpanan CPF adalah bagi keperluan jangka panjang dan terdapat juga langkah jangka pendek untuk membantu pencarum, katanya.

Inilah sebabnya pelbagai skim bantuan pemerintah diberikan untuk membantu rakyat Singapura mengharungi kos sara hidup yang meningkat, yang dihadapi mereka pada masa ini, tambah Dr Tan.

Beliau memberi contoh bantuan sekali di bawah Pakej Jaminan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, seperti Bayaran Khas Kos Sara Hidup antara $200 dengan $400 bagi warga yang layak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >